166tounit.jpgPENANJONG GARISON, Selasa, 08 Disember 2020 – Seramai 210 Soldadu Lelaki Pengambilan ke-166 yang telah selesai menjalankan Latihan Asas Tentera Rekrut telah diserahkan kepada wakil unit-unit yang bertempat di Kompeni Rekrut, Insitut latihan ABDB bertempat di Kompeni Rekrut, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis Serah Terima Soldadu Lelaki Pengambilan ke-166 telahpun diadakan yangmana Pemangku Pegawai Pengambilan Genap iaitu 1225 Lt Md Zulfadli Hayat bin Shamsul Hayat  telahpun menyerahkan seramai 210 Soldadu Lelaki Pengambilan ke 166 kepada wakil Unit-unit (TDDB, TLDB, TUDB dan KBK TDDB) untuk menduduki Program Induksi yang disediakan oleh Unit-unit. 
 
Seterusnya Soldadu Lelaki pengambilan ke-166 akan memulakan kerjaya sebagai seorang tentera terlatih sejurus selesai daripada menjalankan Kursus Induksi yang dijalankan oleh unit masing-masing.
166tounit.jpg
166tounit2.jpg