
Majlis Serah Terima Soldadu Lelaki Pengambilan ke-166 telahpun diadakan yangmana Pemangku Pegawai Pengambilan Genap iaitu 1225 Lt Md Zulfadli Hayat bin Shamsul Hayat telahpun menyerahkan seramai 210 Soldadu Lelaki Pengambilan ke 166 kepada wakil Unit-unit (TDDB, TLDB, TUDB dan KBK TDDB) untuk menduduki Program Induksi yang disediakan oleh Unit-unit.
Seterusnya Soldadu Lelaki pengambilan ke-166 akan memulakan kerjaya sebagai seorang tentera terlatih sejurus selesai daripada menjalankan Kursus Induksi yang dijalankan oleh unit masing-masing.

