
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel Amirul Adly bin Haji Ali selaku Ketua Jurulatih Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Kursus Tempur Ketua Ronda Sesi 2020 yang bermula pada 31 Ogos 2020 sehingga 16 Oktober 2020 telah dihadiri oleh 13 anggota. 09 anggota terdiri daripada Unit Rejimen Pasukan Khas, 02 anggota terdiri daripada Unit Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei dan 02 anggota terdiri daripada Unit Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah daripada pihak JA’MAAT dan Penyampaian Pengelasan Kursus daripada Ketua Cawangan Latihan Peperangan Hutan. Majlis penyampaian lambang-lambang dan sijil-sijil disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis kepada semua peserta Kursus Tempur Ketua Ronda Sesi 2020 dan seterusnya diikuti dengan penyampaian sijil kepada Peserta Kursus Terbaik Teori dan Jasmani disandang oleh 19653 Kpl Abdul Malik bin Awang Hidup dari Unit Rejimen Pasukan Khas. Peserta Kursus Terbaik Amali disandang oleh 51012 Lkpl Mohammad Khairul Azwan bin Abd Hamid dari Unit Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei dan Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan disandang oleh 19260 Kpl Mohammad Shahniman bin Awang Hidop dari Unit Rejimen Pasukan Khas. Majlis diakhiri dengan penutupan rasmi kursus yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis dan diakhiri dengan bacaan doa penutup serta sesi bergambar ramai.


