Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera,
Isnin 27 Ogos 2018 – Peserta Kursus Pegawai Pentadbir Rejimental dan Pegawai-pegawai serta Ahli Tetap Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah berpeluang untuk mendengarkan penerangan mengenai Terasul dan Bahasa Dalam yang disampaikan oleh pegawai jemputan daripada Unit Pemberigaan, Jabatan Adat Istiadat Negara iaitu Yang Mulia Awang Mohammad Zaizul bin Haji Daud. Penerangan tersebut diadakan di Sekolah Infantri, IL ABDB.
Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera,Isnin 27 Ogos 2018 – Peserta Kursus Pegawai Pentadbir Rejimental dan Pegawai-pegawai serta Ahli Tetap Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah berpeluang untuk mendengarkan penerangan mengenai Terasul dan Bahasa Dalam yang disampaikan oleh pegawai jemputan daripada Unit Pemberigaan, Jabatan Adat Istiadat Negara iaitu Yang Mulia Awang Mohammad Zaizul bin Haji Daud. Penerangan tersebut diadakan di Sekolah Infantri, IL ABDB.
Terasul dan Bahasa Dalam merupakan salah satu mata pelajaran yang diserapkan ke dalam Kursus Pegawai Pentadbir Rejimental. Penyerapan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta menambah baik pengetahuan yang sedia ada. Ini adalah kerana melihat kepentingan penggunaannya samada dalam pekerjaan mahupun seharian. Secara tidak langsung penyerapan ini akan melahirkan sikap pemedulian dan ingin tahu untuk sentiasa peka atau sensitive dalam bermasyarakat.
Antara isi kandungan pelajaran ialah penjelasan kepada 13 jenis terasul dan menerangkan bagaimana untuk menggunakan kata ganti diri pertama dan kedua kepada golongan kerabat serta orang-orang yang disampiri gelaran.
