Ifa 2.jpg

PENANJONG GARISON, Selasa, 11 April 2023 – Bersempena dengan Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an tahun 1444H, Penanjong Garison telah mengadakan ceramah khas bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan warga Penanjong Garison.
Majlis dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardhu Zuhur berjemaah dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an, Surah Al-Qadr bermula ayat 1 hingga 5 dibacakan oleh Pegawai Waran 2 Sumardy bin Sulaiman dari Unit Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB. Ceramah Khas seterusnya disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Ustaz Mohd Nasyith bin Superi, dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan tajuk ceramah, ”Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian Dengan Petunjuk Al-Quran.”
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan dan diikuti dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, Selawat dan Surah Al-Asr di penghujung majlis.
IL 1.jpg
ifa 3.jpg
PENANJONG GARRISON HELD NUZUL AL-QUR’AN CELEBRATION 1444H/2023M
PENANJONG GARRISON, Tuesday, 11 April 2023 – In conjunction with the Nuzul Al-Qur’an 1444H/2023M, Penanjong Garrison held a special religious talk which took place at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.
Present at the ceremony was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Also present were Senior Officers, Officers and personnel of Penanjong Garrison.
The ceremony began with the congregational Fardhu Zuhur prayer followed by the recital of verses from the Holy Qur’an, Surah Al-Qadr from verse 1 to 5 by Warrant Officer 2 Sumardy bin Sulaiman from Military Trade School of TI RBAF. The special religious talk was then delivered by the guest speaker, Yang Mulia Ustaz Mohd Nasyith bin Superi, from the Islamic Da’wah Centre, Ministry of Religious Affairs entitled, ”Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian Dengan Petunjuk Al-Quran”.
The ceremony concluded with the presentation of token of appreciation to the guest speaker, followed by the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, selawat and Surah Al-Asr to mark the closing ceremony.