BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 Disember 2018
– Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyempurnakan acara pelancaran Brunei December Festival 2018 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dalam ibu negara pada pagi ini. Sebahagian daripada majlis pelancaran ini termasuk acara kayuhan basikal sepanjang 11.5km yang disertai oleh anggota Institut Latihan bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Turut hadir, Komandan Institut Latihan, Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 Disember 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyempurnakan acara pelancaran Brunei December Festival 2018 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dalam ibu negara pada pagi ini. Sebahagian daripada majlis pelancaran ini termasuk acara kayuhan basikal sepanjang 11.5km yang disertai oleh anggota Institut Latihan bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Turut hadir, Komandan Institut Latihan, Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.
Juga turut serta ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Institut Latihan, Kementerian Pertahanan and ABDB.
Acara ini juga dimulakan dengan Program Masjidku Makmur di Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dengan solat Fardhu Subuh berjemaah. Satu tazkirah yang bertajuk ‘Jalan Raya Mempunyai Seribu Satu Cerita’ disampaikan oleh Ustaz Nazirul Mubin bin Ahad, Penolong Pensyarah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

