Penanjong Garison, Khamis, 03 Ogos 2023 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menganjurkan perlawanan pistol bagi pegawai-pegawai IL ABDB bersama Stakeholders peringkat Daerah Tutong bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun IL ABDB ke-54 bertempat di Padang Tembak Galeri 1 Kompleks Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison.
Hadir di perlawanan ini ialah Yang Mulia Awang Muhammad Ideni bin Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Ahli-Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub, Penghulu Mukim Ukong, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampong Sengkarai, Pemangku Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Pemerintah Polis Daerah, Pegawai Pemerintah Operasi ‘E’ Bomba dan Penyelamat, Ketua Cawangan Keselamatan Dalam Negeri, Pegawai Pemerintah Regimen Pasukan Khas, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong peringkat Daerah Tutong.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Rusaini bin Awang, Guru Ugama Penanjong Garison. Sebanyak 8 pasukan menyertai perlawanan ini yang terdiri daripada Pasukan Satria, Pahlawan, Panglima, Pendekar, Perwira, Laksamana, Hulubalang dan Temanggong. Perlawanan ini menggunakan sistem kalah mati (knock out) yang mana Pasukan Satria telah memenangi perlawanan tersebut setelah berjaya mengalahkan Pasukan Temanggong semasa perlawanan akhir.
Matlamat perlawanan ini diadakan antara lain adalah bagi mengeratkan tali silaturahim dan meningkatkan jaringan kerjasama di antara pegawai-pegawai IL ABDB dengan stakeholders yang berkepentingan di peringkat Daerah Tutong. Pendekatan ini adalah sekaligus mendokong aspirasi yang terkandung dalam Kertas Putih Pertahanan 2021 iaitu diplomasi pertahanan melalui pendekatan senegara Whole of Government bagi sama-sama berganding bahu berperanan dan bekerjasama rapat ke arah menjaga kemakmuran dan kedaulatan Negara Brunei Darussalam.
SATRIA TEAM WINS PISTOL SHOOTING COMPETITION ORGANISED BY TRAINING INSTITUTE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES
PENANJONG GARRISON, Thursday, 03 August 2023 – Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held a pistol shooting competition for TI RBAF officers together with Tutong District’s Stakeholders in conjunction with the TI RBAF 54th Anniversary. The event took place at Gallery 1 Shooting Range, Binturan Shooting Range Complex, Penanjong Garrison.
Present during the event were Yang Mulia Awang Muhammad Ideni bin Haji Ahmad, Acting Tutong District Officer, Members of the Legislative Council, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub, Penghulu Mukim Ukong, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ketua Kampong Sengkarai, Acting Assistant District Officer, the Officer in Command of Police District, the Commanding Officer of Operation ‘E’ Fire and Rescue, the Head of the Internal Security Branch, the Commanding Officer of the Special Forces Regiment, Penghulu-Penghulu Mukim as well as Ketua-Ketua Kampong of Tutong District.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Ustaz Muhammad Rusaini bin Awang, Penanjong Garrison Religious Teacher. A total of 8 teams competed during the match namely Team Satria, Pahlawan, Panglima, Pendekar, Perwira, Laksamana, Hulubalang and Temanggong. This match used the knock out system in which the Satria Team won after successfully defeating the Temanggong Team during the final match.
The aim of this event among others was to further strengthen the relationship between TI RBAF officials and the Tutong District’s stakeholders. It is also aimed in fulfilling the aspirations highlighted in the Defence White Paper 2021 under the pretext of defence diplomacy through the initiative of the Whole of Government Approach to work closely together with other government agencies in order to uphold the prosperity and sovereignty of Brunei Darussalam.






