
During the three-day visit, Commandant TI RBAF and delegation visited the School of Logistics (SOL) at Kranji Camp, Specialist and Warrant Officer Institute (SWI) at Pasir Laba Camp, Basic Military Training Centre (BMTC) at Tekong Island and the Centre for Leadership Development (CLD) at SAFT MI. During the visit, the discussions were focusing on sharing of information and best practices between the respective institutes’ Heads with the Commandant and delegates. Both parties shared interest to further enhance cooperation and collaboration on training and education.
During the working visit, Commandant TI RBAF and delegation were also invited to an official dinner hosted by Colonel Yee Kok Meng, Commander of BMTC.
REPUBLIK SINGAPURA, Selasa, 13 Jun 2023 – Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) mengetuai delegasi dari IL ABDB mengadakan Lawatan Kerja di beberapa pusat latihan Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS) dari 13 hingga 15 Jun 2023. Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala yang profesional dan kerjasama pertahanan dalam latihan tentera di antara ABDB dan ABRS.
Dalam rangka Lawatan Kerja selama tiga hari ini, Komandan IL ABDB serta delegasi telah membuat lawatan ke School of Logistics (SOL) Kranji Camp, Specialist and Warrant Officer Institute (SWI) Pasir Laba Camp, Basic Military Training Centre (BMTC) Pulau Tekong dan Centre for Leadership Development (CLD) bertempat di SAFTI MI. Antaralain perkara yang dibincangkan Ketua Delegasi bersama Ketua-ketua Jabatan memfokuskan perkongsian maklumat dan amalan terbaik bagi meningkatkan keupayaan dan kapasiti latihan dan pendidikan kedua pihak Angkatan Tentera. Di sepanjang lawatan, kedua pihak bersetuju ke arah memperluaskan kerjasama dan kolaborasi di bidang kursus dan latihan.
Semasa lawatan kerja tersebut juga, Komandan IL ABDB dan delegasi IL ABDB turut dijemput hadir ke majlis makan malam rasmi yang dihoskan oleh Kolonel Peter Yee Kok Meng, Pemerintah BMTC.



