NEWS HEADLINES
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DIADAKAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1443 HIJRAH PERINGKAT PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Jumaat, 29 April 2022 – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan sempena bulan Ramadhan 1443 Hijrah Peringkat Penanjong Garison bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis ini adalah kemuncak acara-acara Tadarus Al-Quran yang diadakan di sepanjang bulan suci Ramadan 1443H.
MAJLIS MALAM TAKBIR HARI RAYA SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN SYAWAL 1443 HIJRAH PERINGKAT PENANJONG GARISON
PENANJONG GARISON, Ahad, 01 Mei 2022 – Majlis Malam Takbir Hari Raya sempena menyambut kedatangan bulan Syawal 1443 Hijrah bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan pada hari ini bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat gabungan yang terdiri daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB), Sekolah Infantri TDDB (SI TDDB) dan Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB).
MARKAS INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADHAN 1443H/2022M
PENANJONG GARISON, Khamis, 28 April 2022 – Markas Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1443 Hijrah bertempat di Bilik Mesyuarat, Markas IL ABDB.
KEMPEN KEBERSIHAN TANAH PERKUBURAN BAGI AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE 53 TAHUN
Dearah Tutong, Selasa, 25 April 2022 – Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke 53 tahun Pegawai-pegawai dan anggota-anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah melaksanakan aktiviti menziarahi dan membersihkan tanah perkuburan di enam lokasi bertempat di Tanah Perkuburan Lugu, Tanah Perkuburan Islam Kampong Danau, Tanah Perkuburan Terunjing, Tanah Perkuburan Kerakas Payau Sinaut, Tanah Perkuburan Bukit Bendera Tutong dan Tanah Perkuburan Lubok Pulau.
MAJLIS PENUTUP RASMI KURSUS KOMPENI KUATERMASTER SARJAN SIRI 1/2022
PENANJONG GARISON, Jumaat 22 April 2022 – Majlis Penutup Rasmi Kursus Kompeni Kuartermaster Sarjan Siri 1/2022 telah dilaksanakan oleh Cawangan Latihan Logistik Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLLOG SPT IL ABDB).
MAJLIS CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT PENANJONG GARISON 1443H/2022M
PENANJONG GARISON, Khamis, 21 April 2022 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dengan Ceramah Khas di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison pada hari ini. Hadir di majlis ini ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi Bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri TDDB, Pegawai-pegawai Kanan IL ABDB, Pegawai-pegawai dan warga Penanjong Garison.





