MENZIARAHI KUBUR.jpg

Dearah Tutong, Selasa, 25 April 2022 – Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke 53 tahun Pegawai-pegawai dan anggota-anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah melaksanakan aktiviti menziarahi dan membersihkan tanah perkuburan di enam lokasi bertempat di Tanah Perkuburan Lugu, Tanah Perkuburan Islam Kampong Danau, Tanah Perkuburan Terunjing, Tanah Perkuburan Kerakas Payau Sinaut, Tanah Perkuburan Bukit Bendera Tutong dan Tanah Perkuburan Lubok Pulau. 

Aktiviti amal ini dimulakan dengan membersihkan kawasan tanah perkuburan dan diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah khas dihadiahkan kepada anggota-anggota tentera dan awam yang telah kembali ke rahmatullah. Turut hadir bersama adalah keluarga Allahyarham dan anggota-anggota IL ABDB.




CEMETERY CLEANING CAMPAIGN IN CONJUCTION WITH 53rd ANNIVERSARY OF TRAINING INSTITUTE, ROYAL BRUNEI ARMED FORCES
Dearah Tutong, Tuesday, April 25, 2022 – In conjunction with the 53rd Anniversary of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Officers and personnel of TI RBAF undertook a cleaning campaign at six different cemeteries. The cleaning campaign were conducted at Tanah Perkuburan Lugu, Tanah Perkuburan Islam Kampong Danau, Tanah Perkuburan Terunjing, Tanah Perkuburan Kerakas Payau Sinaut, Tanah Perkuburan Bukit Bendera Tutong and Tanah Perkuburan Lubok Pulau.
 
The community service activity began with cleaning of the cemeteries’ grounds, followed by the recitation of Surah Yaasin and Tahlil for the deceased military as well as cilivian TI RBAF personnel. The activities were also joined by the family members of the departed.