NEWS HEADLINES
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KOMPENI KUARTER MASTER SARJAN (KKMS) SIRI 2/2022 DAN KURSUS PENINGKATAN PENGENDALIAN SAJIAN MAKANAN & KATERER SESI 2022
PENANJONG GARISON, Jumaat 05 Ogos 2022 – Majlis Penutupan Kursus Kompeni Kuarter Master Sarjan (KKMS) Siri 2/2022 dan Kursus Peningkatan Pengendalian Sajian Makanan & Katerer Sesi 2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera,Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPT IL ABDB).
MAJLIS PENUTUP KURSUS PENINGKATAN LOGISTIK SIRI 1/2022
PENANJONG GARISON, Khamis 28 Julai 2022 – Majlis Penutup Kursus Peningkatan Logistik Siri 1/2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini dihadiri oleh 36 anggota yang bermula pada 20 Jun 2022 hingga 28 Julai 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLLog SPT IL ABDB).
MAJLIS MEMBACA DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1443H DAN MEMBACA DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1444H PERINGKAT PENANJONG GARISON
Penanjong Garison, Jumaat, 29 Julai 2022 – Dalam menyemarakkan Sambutan Awal Tahun Baru 1444 Hijrah dan menanam penghayatan terhadap peristiwa hijrah Rasul Agung, Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta para sahabat Baginda, Majlis Sambutan Awal Tahun Baru Hijrah bagi peringkat Penanjong Garison telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.
CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN AWAL TAHUN 1444 HIJRAH PERINGKAT PENANJONG GARISON
Penanjong Garison, Jumaat, 05 Ogos 2022 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Ceramah Khas Sempena Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah Peringkat Penanjong Garison.
INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN INDUKSI DARI 12th BRUNEI-SINGAPORE DEFENCE SCHOLARS DEVELOPMENT PROGRAMME 2022
Penanjong Garison, Selasa, 02 Ogos 2022 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah menerima lawatan induksi penerima biasiswa-biasiswa dari The 12th Brunei-Singapore Defence Scholars Development Programme 2022. Lawatan induksi ini adalah pengenalan bagi penerima biasiswa-biasiswa Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam dan Angkatan Bersenjata Singapura sebelum mereka memulakan kerjaya mereka dalam kementerian masing-masing.
MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELIA KESIHATAN, KESELAMATAN KERJA (KKK) SIRI 3/2022 ABDB TAHUN 2022
PENANJONG GARISON, RABU 27 JULAI 2022 – Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 3/2022 telah selesai dikendalikan oleh Sel Inspektorat, Markas Institut Latihan ABDB.





