NEWS HEADLINES

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS LANJUTAN PENGENDALIAN SAJIAN MAKANAN DAN KATERER SESI 2022.

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS LANJUTAN PENGENDALIAN SAJIAN MAKANAN DAN KATERER SESI 2022.

PENANJONG GARISON, KHAMIS, 22 September 2022 – Majlis Penutupan Kursus Lanjutan Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Sesi 2022 telah lancar dan sempurna dilaksanakan. Seramai 05 anggota telah terpilih untuk mengikuti kursus ini yang terdiri daripada 02 anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, 01 anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan 02 anggota dari Kementerian Pertahanan yang bermula pada 29 Ogos 2022 hingga 23 September 2022 selama 4 minggu yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.  Ini adalah salah satu kursus kerjaya mandatory (dimestikan) bagi setiap anggota yang berjawatan Ketua Pelayan Mes bagi melayakkan kenaikan pangkat mengikut Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK) Am.

read more
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KURSUS LANJUTAN PENGENDALIAN SAJIAN MAKANAN DAN KATERER SESI 2022 KE ROYAL BRUNEI CULINARY

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KURSUS LANJUTAN PENGENDALIAN SAJIAN MAKANAN DAN KATERER SESI 2022 KE ROYAL BRUNEI CULINARY

Lambak Kanan – Khamis, 16 September 2022, Program lawatan sambil belajar ke Royal Brunei Culinary (RBC) bagi peserta kursus Lanjutan Pengendalian Sajian Makanan dan Keterer Sesi 2022 telah di sambut oleh Yang Mulia Hajah Amal Aqilah binti Hj Ariffin selaku Acting Assistant Manager,Business Development Unit, Royal Brunei Culinary. Objektif Lawatan adalah untuk mendedahkan tatacara aliran proses dan kaedah memasak dengan resepi yang lebih diperkemaskan serta pendedahan kepada tatacara dalam penyediaan makanan. Dalam sesi taklimat yang disampaikan juga ada meringkaskan tentang permakanan yang dibekalkan bagi Aviation, Healthcare & Hospitality.  

read more
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KURSUS LANJUTAN PENGENDALIAN SAJIAN MAKANAN DAN KATERER SESI 2022 KE SABLI FOOD INDUSTRIES (B) SDN BHD

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KURSUS LANJUTAN PENGENDALIAN SAJIAN MAKANAN DAN KATERER SESI 2022 KE SABLI FOOD INDUSTRIES (B) SDN BHD

Lambak Kanan – Rabu, 15 September 2022. Program lawatan sambil belajar bagi peserta Kursus Lanjutan Pengendalian Sajian Makanan dan Katerer Sesi 2022 ke Sabli Food Industries Sdn Bhd Kg Lambak Kanan telah di sambut oleh Yang Mulia Haji Baharuddin bin Haji Wahsaifelah, General Manager Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd. Seramai 11 anggota menghadiri lawatan tersebut yang terdiri daripada Pegawai, Jurulatih-jurulatih dan lima daripadanya adalah peserta kursus. Objektif lawatan sambil belajar adalah untuk melihat proses perkilangan bertempat di Sabli Food Industri. Dalam sesi taklimat, peserta kursus telah didedahkan mengenai Food Hygiene, Production ProcessedCanning processed, Retort, Seaming Control dan Thermal Validation. Setelah selesai daripada taklimat, seterusnya kami berpeluang untuk melawat ke gudang bagi proses barang tempatan seperti serbuk teh, serbuk kunyit, serbuk kopi dan sebagainya. Setelah selesai sesi lawatan peserta kursus memberi cenderamata kepada YM Haji Baharuddin bin Haji Waisaifellah sebagai kenang-kenangan sempena lawatan sambil belajar pada hari tersebut.

read more
KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB TERIMA KUNJUNGAN MUHIBAH DARI PENASIHAT PERTAHANAN SURUHANJAYA TINGGI REPUBLIK INDIA DI KUALA LUMPUR (MALAYSIA) YANG DIAKREDITASI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB TERIMA KUNJUNGAN MUHIBAH DARI PENASIHAT PERTAHANAN SURUHANJAYA TINGGI REPUBLIK INDIA DI KUALA LUMPUR (MALAYSIA) YANG DIAKREDITASI KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Penanjong Garison, Khamis, 15 September 2022 – Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) hari ini telah menerima Kunjungan Muhibah daripada Kolonel Sanjeev Vijaykumar Sarma Penasihat Pertahanan Suruhanjaya Tinggi Republik India di Kuala Lumpur (Malaysia) yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam. Hadir bersama ialah Mr. Ashok Kumar Yadev, Atase Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam.

read more