NEWS HEADLINES
PERBARISAN BULANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Rabu, 08 Februari 2023 – Perbarisan Bulanan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah diadakan pada pagi ini bertempat di Padang Kawad IL ABDB. Perbarisan kali ini disertai seramai 765 anggota terdiri daripada seluruh anggota tentera IL ABDB termasuk pegawai dan kakitangan awam, peserta kursus dan rekrut pengambilan lelaki ke-170. Hadir pada perbarisan tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB.
MAJLIS RESEPSI KURSUS BAHASA INGGERIS ANGKATAN TENTERA LUAR NEGARA KALI KE-7 SESI 2022
PENANJONG GARISON, Isnin, 06 Februari 2023 – Majlis Resepsi Kursus Bahasa Inggeris bagi Angkatan Tentera Luar Negara Kali ke-7 Sesi 2022 telah berlangsung di Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS BAHASA INGGERIS BAGI ANGKATAN TENTERA LUAR NEGARA KALI KE-7 SESI 2022
PENANJONG GARISON, Selasa, 07 Februari 2023 – Majlis Pembukaan Kursus Bahasa Inggeris bagi Angkatan Tentera Luar Negara Kali ke-7 Sesi 2022 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB TERIMA KUNJUNGAN MUHIBAH DARIPADA ATASE PERTAHANAN, KEDUTAAN BESAR REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT LAO YANG DIAKREDITASIKAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENANJONG GARISON, Selasa, 07 Februari 2023 – Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) menerima kunjungan muhibah daripada Colonel Thongvanh Sengvongchith, Atase Pertahanan, Kedutaan Besar Republik Demokratik Rakyat Lao yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. Turut hadir adalah Timbalan Komandan dan Ejutan IL ABDB.
KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB TERIMA KUNJUNGAN MUHIBAH DARIPADA ATASE PERTAHANAN, KEDUTAAN BESAR THAILAND KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENANJONG GARISON, Khamis, 02 Februari 2023 – Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) menerima kunjungan muhibah daripada Senior Colonel Khanchit Wichaworn, Atase Pertahanan, Kedutaan Besar Thailand ke Negara Brunei Darussalam hari ini. Turut hadir adalah Timbalan Komandan, Ketua Jurulatih dan Ejutan IL ABDB.
UPACARA MENANDATANGI BAF 122 BAGI REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE 170
Penanjong Garison, Juma’at. 20 Januari 2023 – Upacara Menandatangani Risalah Undang-Undang Rahsia Rasmi Brunei Army Form (BAF) 122 bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-170 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).





