NEWS HEADLINES
PERBARISAN BULANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Rabu, 22 Mac 2023 – Perbarisan Bulanan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah diadakan pada pagi ini bertempat di Padang Kawad IL ABDB. Perbarisan kali ini disertai seramai 491 anggota terdiri daripada seluruh anggota tentera IL ABDB termasuk pegawai dan kakitangan awam, peserta kursus dan rekrut pengambilan lelaki ke-170. Hadir pada perbarisan tersebut adalah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SIRI 4/2022
INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB), Selasa, 21 Mac 2023 – Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 4/2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini dihadiri oleh 30 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bermula pada 06 Mac 2023 hingga 21 Mac 2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn, SPT IL ABDB).
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SIRI 02/2022
PENANJONG GARISON, KHAMIS, 16 Mac 2023 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Siri 02/2022 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Bilik Halbi, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS ASAS PEGAWAI LOGISTIK SESI 2022
PENANJONG GARISON, Isnin, 20 Mac 2023 – Majlis Pembukaan Kursus Asas Pegawai Logistik Sesi 2022 telah berlangsung di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
BENGKEL PENGENDALIAN DAN SAJIAN MAKANAN MEDAN
Berakas Garison, Rabu, 15 Mac 2023 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah melaksanakan Bengkel Pengendalian Dan Sajian Makanan Medan mulai pada hari Isnin, 13 Mac 2023 hingga hari Rabu,15 Mac 2023 bertempat di Rumah Masak 1Bn TDDB.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Khamis, 16 Mac 2023 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan IL ABDB, Penanjong Garison.





