NEWS HEADLINES
ACARA KEBAJIKAN PESERTA KURSUS KERANI KANAN SESI 2023
Kerakas Payau, Juma’at, 26 Mei 2023 – Peserta Kursus Kerani Kanan Sesi 2023 telah berkerjasama bergotong-royong melakukan aktiviti amal membersihkan Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kerakas Payau.
MAJLIS PENUTUP KURSUS KAEDAH MENGAJAR SIRI 1/2023
PENANJONG GARISON, Jumaat, 12 Mei 2023 – Majlis Penutup Kursus Kaedah Mengajar Siri 1/2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Perkembangan Jurulatih, Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Bilik Mahmud, Pusat Evolusi, Penanjong Garison.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SIRI 1/2023
INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (IL ABDB), Jumaat, 26 Mei 2023 – Majlis Penutupan Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Siri 1/2023 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn, SPT IL ABDB).
UPACARA MENANDATANGANI BAF 122 BAGI REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE 171
Penanjong Garison, Juma’at, 19 Mei 2023 – Upacara Menandatangani Risalah Undang-Undang Rahsia Rasmi Brunei Army Form (BAF) 122 bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-171 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
MAJLIS PENUTUP KURSUS ASAS PEGAWAI LOGISTIK SESI 2022
PENANJONG GARISON, Jumaat, 12 Mei 2023 – Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Logistik Sesi 2022 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logsistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Insitut Latihan Angkatan Bersenjata Brunei (IL ABDB) telah sempurna dilaksanakan di Mess Pegawai Penanjong Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel Haji Abdul Mutalip bin Bujang, Pengarah Logistik, Jabatanarah Logistik, Kementerian Pertahanan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Komandan IL ABDB, Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai jemputan dan Jurulatih-jurulatih.
UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-170 ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Jumaat, 5 Mei 2023 – Seramai 299 anggota rekrut lelaki bagi Pengambilan ke-170 telah menamatkan 3 bulan latihan asas ketenteraan pada sebelah pagi hari ini bertempat di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison.





