NEWS HEADLINES
INSTITUT LATIHAN ABDB MENGADAKAN KEMPEN MEMBERSIHKAN TANAH PERKUBURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-62
PENANJONG GARISON, Selasa, 12 Jun 2023 – Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-62, Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah mengadakan aktiviti Kempen Membersihkan Tanah Perkuburan yang bertempat di Daerah Tutong iaitu di Tanah Perkuburan Islam Pangkalan Jalur dan Tanah Perkuburan Islam Pulau Raya ‘B’ Kampong Penanjong.
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Jumaat, 09 Jun 2023 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan IL ABDB, Penanjong Garison.
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS ASAS LOGISTIK SIRI 1/2023
PENANJONG GARISON, Jumaat, 09 Jun 2023. Majlis Penutupan Kursus Asas Logistik Siri 1/2023 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera,Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Cwngn Lthn Log, Sek Prtkngn Tent IL ABDB).
ACARA PENUTUP KURSUS PESERTA KURSUS KERANI KANAN SESI 2023
PENANJONG GARISON, Jumaat, 02 Jun 2023 – Majlis Penutupan Kursus Kerani Kanan Sesi 2023 yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Brunei (IL ABDB) telah selesai dan sempurna dilaksanakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.
MAJLIS PENYAMPAIAN LENCANA SERTA SIJIL DAN PENUTUP KURSUS BAGI KURSUS PENINGKATAN PEMANDU SESI 2023
PENANJONG GARISON, Jumaat 02 Jun 2023 – Majlis Penyampaian Lencana serta Sijil dan Penutup Kursus Peningkatan Pemandu Sesi 2023 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Bilik Iveco Cawangan Latihan Memandu Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Mejar Mohamed Nurirwan bin Haji Mohd Ridzuan, Timbalan Pegawai Turus Pengangkutan dan Perjalanan, Jabatanarah Logistik Bolkiah Garison. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Ketua-Ketua Cawangan dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Memandu Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
PENANJONG GARISON MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-62
PENANJONG GARISON, Selasa, 30 Mei 2023 – Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-62, Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.





