NEWS HEADLINES
MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KURSUS AKAUN PERKHIDMATAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI SIRI 3/2023
PENANJONG GARISON, Isnin, 25 September 2023 – Majlis Pembukaan Rasmi Kursus Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Siri 3/2023 telah berlangsung di Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
MAJLIS PENYAMPAIAN LENCANA DAN PENUTUPAN KURSUS LANJUTAN LOGISTIK SIRI 1/2023
PENANJONG GARISON, Khamis 21 Sept 2023 – Majlis Penyampaian Lencana dan Penutupan Kursus Lanjutan Logistik Siri 1/2023 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna bertempat di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLLog SPT IL ABDB)
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENYELIA KESIHATAN DAN KESELAMATAN KERJA (KKK) SIRI 2/2023
PENANJONG GARISON, Jumaat, 29 Safar 1445H bersamaan dengan 15 September 2023 – Majlis Penutupan Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) Siri 2/2023 telah sempurna dilaksanakan hari ini bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Penanjong Garison.
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL BAGI KURSUS ASAS TEKNISYEN ARMAMEN SIRI 2023
Penanjong Garison, Jumaat, 15 September 2023 – Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Asas Teknisyen Armamen Siri 2023 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Automotive Theater Room, Practical Training Area, Cawangan Latihan Teknikal Darat, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata di Raja Brunei (CLTD SPT IL ABDB).
MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Selasa, 12 September 2023 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah Kanan (PTB Kanan) di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan & Sarjan IL ABDB, Penanjong Garison.
UPACARA MENANDATANGANI BAF 122 BAGI REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-172 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-58
PENANJONG GARRISON, Juma’at, 08 September 2023 – Upacara Menandatangani Risalah Undang-Undang Rahsia Rasmi Brunei Army Form (BAF) 122 bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-172 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke-58 telah berlangsung di Dewan Nikmat, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).





