NEWS HEADLINES
SESI PERJUMPAAN YANG MULIA PEMERINTAH ABDB BERSAMA REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-161
PENANJONG GARISON, Isnin 23 Julai 2018. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), satu sesi perjumpaan telah berlangsung bertempat di Dewan Nikmat Penanjong Garison bersama Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Sesi perjumpaan tersebut bertujuan untuk membuat perjumpaan dan bermuzakarah secara langsung dengan Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-161 yang akan menamatkan Latihan pada hari Jumaat, 27hb Julai 2018 ini InsyaAllah.
KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2018
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Julai 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2018 sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-72 tahun.
MAJLIS RAMAH MESRA DAN JUNJUNG ZIARAH BERSAMA RAKYAT SERTA PENDUDUK DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-72 TAHUN
TUTONG, Khamis, 19 Julai 2018 - Segenap lapisan rakyat dan penduduk di daerah ini sejak awal pagi lagi sudah membanjiri Kompleks Dewan Kemasyarakatan menanti keberangkatan tiba raja yang dikasihi bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat serta Penduduk Daerah Tutong. Daerah Tutong merupakan daerah yang memulakan Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat di daerah berkenan yang tetap menjadi ristaan sepanjang zaman.
MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA MEMPERINGATI HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-72 TAHUN
SURAU AL-HIKMAH, PENANJONG GARISON, SABTU 14 JULAI 2018. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena memperingati Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-72 tahun.
MAJLIS KENAIKAN PANGAT BAGI PTB-PTB KANAN DAN PTB-PTB RENDAH IL ABDB SIRI 02/2018
PENANJONG GARISON, JUMAAT, 13 JULAI 2018. Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah merayakan Majlis Kenaikan Pangkat PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah bagi IL ABDB. Upacara Kenaikan Pangkat PTB-PTB Kanan IL ABDB dan PTB-PTB Rendah IL ABDB dilaksanakan di Dewan Makan Nikmah Penanjong Garison. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Yang Mulia Leftenan Kolonel Pg Sharifuddin bin Pg Hj Yusof. Turut hadir Pegawai-Pegawai IL ABDB, RSM, GSM, DSM, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah IL ABDB.
MAJLIS MENANDATANGANI RISALAH KESELAMATAN BAF 122 BAGI BAKAL-BAKAL REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE-54
PENANJONG GARISON, JUMAAT, 06 JULAI 2018 - Majlis Menandatangani Risalah Keselamatan BAF 122 bagi bakal-bakal Tekrut Wanita. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan Latihan Asas Ketenteraan Rekrut Wanita Pengambilan ke-54 ialah Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Komandan Institut Latihan ABDB. Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh ibu-bapa dan penjaga bakal-bakal rekrut.





