NEWS HEADLINES

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS AKUAN PERKHIDMATAN SIRI 4/2016

MAJLIS PEMBUKAAN KURSUS AKUAN PERKHIDMATAN SIRI 4/2016

Penanjong Garison, 31 Okt 2016  Majlis Pembukaan Kursus Akaun Perkhidmatan Siri 4/2016 telah berlangsung di Cawangan Latihan Kewangan (CLKwgn), Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB pada jam 1030 Pagi. Majlis telah disempurnakan oleh 566 Mejar Siti Norlelawati binti Hj Emran selaku Pegawai Memerintah SPT IL ABDB. Seramai 25 orang peserta kursus dari pelbagai unit ABDB menghadiri kursus tersebut termasuk 5 orang pegawai berpangkat Kapten dan Leftenan serta 20 orang Lain-Lain Peringkat.

read more
KURSUS PEMELIHARAAN SENJATA RINGAN BAGI AGENSI-AGENSI LUAR SESI 2/2016

KURSUS PEMELIHARAAN SENJATA RINGAN BAGI AGENSI-AGENSI LUAR SESI 2/2016

PERKEMAHAN PENANJONG, Jumaat 28 Oktober 2016 - Seramai 05 orang peserta kursus yang terdiri daripada anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei dan Jabatan Penjara telah pun menamatkan Kursus Pembaikan dan Pemeliharaan Senjata Ringan bagi Agensi Luar Sesi 2/2016 yang bermula pada 05 September hingga 28 Oktober 2016. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Leftenan Kolonel Tamin bin Tuah, Pegawai Pemerintah Kejuruteraan Darat, Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei.

read more
MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN KOPERAL SIRI 1/2016

MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN KOPERAL SIRI 1/2016

PUSAT EVOLUSI, INSTITUT LATIHAN ABDB, JUMAAT 28 OKTOBER 2016Majlis Penutup Kursus bagi Kursus Kepimpinan Koperal Siri 1/2016 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia, Mejar Ernie Ermawati binti Mohd Erman, Pegawai Memerintah Pusat Evolusi Institut Latihan ABDB Turut hadir pada pagi ini ialah Pegawai-Pegawai Jemputan, PTB-PTB Kanan serta Guru-Guru.

read more
KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA ASKAR WANITA PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2016

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA ASKAR WANITA PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2016

Pangkalan TUDB, 21 Okt 2016 - Seramai 25 askar wanita mewakili IL ABDB telah menyertai Kejohanan Sukan Olahraga Askar Wanita ABDB telah berlangsung di Kompleks Sukan TUDB, Pangkalan Rimba. bermula pada hari Rabu, 19 Oktober 2016 sehingga hari Jumaat, 21 Oktober 2016. Beberapa acara dipertandingkan sebagai pembuka tirai kejohanan termasuk acara lompat jauh terbuka, lontar peluru dan cekera terbuka, merejam lembing terbuka, larian 100m, 200m dan 400m terbuka, 1500m, 4x 100m gabungan veteran, 4x 400 gabungan terbuka dan 4 x 100m gabungan peringkat.

read more