NEWS HEADLINES
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN KURSUS KEPIMPINAN KOPERAL SIRI 2/2018 PUSAT EVOLUSI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (PE IL ABDB)
PENANJONG GARISON, Khamis, 09 Ogos 2018 – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Koperal Siri 2/2018, Cawangan Kepimpinan dan Pengurusan telah berlangsung di Pusat Evolusi IL ABDB.
MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KURSUS PEGAWAI PENTADBIR REJIMENTAL ABDB 2018
Institut Latihan ABDB, Penanjong Garison, 06 Ogos 2018 – Institut Latihan ABDB sekali lagi mengukir sejarah dengan mengadakan Kursus Pentadbiran pertama kalinya dijalankan bagi peringkat Pegawai-pegawai. Majlis pembukaan kursus tersebut telah diadakan di Sekolah Infantri Penanjong Garison, hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Memerintah, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB, Mejar Ubaidy bin Mohd Umbu. Dalam ucapan rasmi pembukaan kursus tetamu kehormat Majlis, beliau menekan kepentingan menuntut ilmu untuk diterapkan dan diaplikasikan di unit masing-masing. Kursus ini diamanahkan pengendaliannya oleh Cawangan Latihan Kerani di Sekolah Pertukangan Tentera, Institut latihan ABDB.
MAJLIS PENUTUP RASMI PROGRAM INSTRUCTOR SELECTION CADRE 2018
PENANJONG GARISON, Jumaat 03 Ogos 2018 - Majlis Penutup Rasmi Program Instructor Selection Cadre 2018 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mahmud, Pusat Evolusi IL ABDB.
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI (ABDB) BAGI 2016/2017
BOLKIAH GARISON, Rabu 16 November 2016 - Kejohanan Sepak Takraw Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi 2016/2017 telah berlangsung petang ini di Komplek Sukan Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison. Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah mendapat kedudukan Naib Johan dalam perlawanan akhir Kategori Kumpulan dengan keputusan 2-0. Tempat pertama dimenangi oleh pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
LAWATAN KERJA PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE SEKOLAH INFANTRI INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Selasa, 15 November 2016 - Sekolah Infantri Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada hari ini telah menerima lawatan kerja daripada Yang Mulia Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei. Lawatan beliau telah disambut oleh Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Hj Awang Lampoh, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan juga Pegawai-Pegawai Kanan daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB).
KUNJUNGAN PENASIHAT PERTAHANAN TENTERA UNITED KINGDOM KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, KE INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Khamis 10 Nov 2016 - Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh telah menerima Kunjungan dari British Forces Brunei (BFB) yang diketuai oleh Kolonel Mike Page, Penasihat Pertahanan United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam.





