NEWS HEADLINES
MAJLIS PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PEGAWAI WARAN SESI 2016
PUSAT EVOLUSI, INSTITUT LATIHAN ABDB, ISNIN 17 OKTOBER 2016 - Majlis Penutup Kursus bagi Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pegawai Waran Sesi 2016 telah berlangsung di Bilik Kuliah Halbi, Pusat Evolusi Institut Latihan ABDB. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir pada pagi ini ialah Pegawai-Pegawai Jemputan, PTB-PTB Kanan serta Guru-Guru. Kursus ini telah dijalankan selama 12 minggu iaitu bermula pada 25hb Julai 2016 hingga 14hb Oktober 2016 dengan penyertaan seramai 40 anggota daripada unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan 2 anggota daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
KURSUS ASAS PEGAWAI LOGISTIK SESI 2016
Penanjong Garison, 17 Oktober 2016 - Majlis Pembukaan Kursus Asas Pegawai Logistik Sesi 2016 telah berlangsung pada petang, 17 hb Okt 2016 bertempat di Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan ABDB . Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Jurulatih Institut Latihan ABDB, Mej Pg Noor Rumaizi bin Pg Othman dan turut dihadiri oleh Mej Siti Norlelawati binti Hj Emran selaku Pegawai Memerintah SPT IL ABDB, beserta jurulatih-jurulatih Kanan SPT IL ABDB. Kursus Asas Logistik ini dirancang berjalan selama 6 Minggu bermula 17 Okt sehingga 25 Nov 2016 dan dihadiri oleh beberapa pegawai berpangkat Leftenan dari unit TDDB, TLDB dan Kementerian Pertahanan ABDB.
SESI PERMUZAKARAHAN YANG DIMULIAKAN PEMERINTAH ABDB BERSAMA JURULATIH REKRUT KOMPENI
PENANJONG GARISON, Jumaat 14 Oktober 2016 - Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), satu sesi permuzakarahan telah berlangsung bertempat di Pusat Evolusi bersama Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Sesi permuzakarahan tersebut bertujuan untuk membuat perjumpaan dan bermuzakarah secara langsung dengan Pegawai-pegawai dan jurulatih-jurulatih Kompeni Rekrut.
TAKLIMAT KEBAKARAN SERTA PENERANGAN PENUGASAN BAGI PEGAWAI API – PEGAWAI API INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Jumaat 14 Oktober 2016 - Taklimat Kebakaran bagi Cook, Pelayan dan Pekerja Awam yang bertugas di Rumah Masak, Mes Pegawai dan Mes PTB Kanan Penanjong Garison. Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Hikmah Institut Latihan. Taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua Pegawai Api dan juga Penolong Pegawai Api di dalam IL ABDB. Turut hadir mendengar taklimat tersebut adalah Pegawai Api daripada Pejabat Perkhidmatan Awam Penanjong Garison. Taklimat tersebut telah diketuai oleh Pegawai Api Institut Latihan ABDB, Mej Hj Muhd Nasrul Hadi bin Hj Othman bersama Ketua Balai Bomba Penanjong Garison, PW2 Bahrin bin Mohammad.
INSTITUT LATIHAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI KEJOHANAN OLAHRAGA DAN TARIK KALAT PERINGKAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
RIMBA, Rabu 12 Oktober 2016 - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Kejohanan Olahraga dan Tarik Kalat bagi tahun 2016/2017 yang bertempat di Kompleks Sukan, Tentera Udara Diraja Brunei. Kejohanan tersebut disertai oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institute Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dan Kementerian Pertahanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 10 Oktober 2016.
INTRODUCTORY CALL FROM NON-RESIDENT DEFENCE ADVISER OF INDIA
PENANJONG GARISSON, Tuesday 11 October 2016 - Commandant of Training Institute, Colonel Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh this morning received an introductory call by the new India Defence Advisor, Colonel Anirudh Chauhan at The Training Institute Head Quarters. Also present were the Deputy Commandant.