NEWS HEADLINES

LAWATAN KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB KE KAWASAN EKSESAIS PAHLAWAN MANTAP

Kg Meriam Temburong, Isnin, 21 November 2016 -  Eksesais Pahlawan Mantap (Counter Insurgency Warfare) bagi Kurus Ketua Kompeni siri 03/2016, Kursus Tempur Platun Sarjan sesi 2016 dan Kursus Penolong Ketua Seksyen sedang di laksanakan dikawasan hutan TEM LP311 Daerah Temburong bermula pada 17 Nov 2016 hingga 25 Nov 2016. Pada Hari ini rombongan dari Markas IL ABDB yang diketuai oleh Yang Mulia Kolonel Awang Khairul Hamed bin Hj Awang Lampoh, Komandan IL ABDB dan juga pegawai-pegawai kanan serta RSM IL ABDB telah turun padang membuat lawatan bagi meninjau dengan lebih dekat akan perlaksanaan Eksesais Pahlawan Mantap.

read more

INSTITUT LATIHAN ABDB MENDAPAT KELULUSAN PENGGUNAAN PROGRAMME GUIDE BAGI PROGRAM SIJIL KEBANGSAAN PENDIDIKAN TEKNIKAL (NTec) IN ARMAMENT AND INSTRUMENT MAINTENANCE DARIPADA MAJLIS AKADEMIK INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI (IBTE)

BERAKAS, Sabtu 19 November 2016. Kepakaran anggota teknikal Teknisyen Armamen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diiktiraf oleh Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dengan adanya kelulusan penggunaan Programme Guide daripada Majlis Akademik IBTE  bagi Program Sijil Kebangsaan Pendidikan Teknikal atau National Technical Education Certificate (NTec) in Armament and Instrument Maintenance.

read more

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENINGKATAN KOMPUTER SIRI 2/2016

PENANJONG GARISON, Khamis 17 November 2016 - Sebagai salah satu langkah perkembangan kerjaya seperti yang termaktub dalam Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK), Kursus Peningkatan Komputer digubalkan sebagai salah satu kursus mandatori bagi anggota-anggota dalam vokasyen perkeranian.

read more

UPACARA SERAH TERIMA TUGAS KOMANDAN INSTITUT LATIHAN ABDB

​​PENANJONG GARISON, Isnin, 10 Disember 2018 - Upacara Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Komandan Institut Latihan Angkata Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah berlangsung pada hari ini di Padang Kawad IL ABDB diantara Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Komandan yang baru, Yang Mulia Lt Kol Mohammad Shafiee bin Haji Duraman. Sejurus tiba Komandan IL ABDB, beliau telah menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota daripada Kompeni Rekrut, Sekolah Infantri, Sekolah Pertukangan Tentera, Pusat Evolusi, Kompeni Pentadbir dan Serunai Tembur daripada Batalion Kedua TDDB. Perbarisan diketuai oleh Yang Mulia Mejar Shahrulamirul Iqbal bin Haji Sharbini @ Haji Sarbini, Pegawai Memerintah Kompeni Rekrut IL ABDB.

read more

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK SIRI 3/2018

PENANJONG GARISON, Jumaat, 07 Disember 2018 – Majlis Penutup Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Siri 3/2018, Cawangan Latihan Senjata Ringan telah berlangsung di Mes Sarjan, Penanjong Garison. Seramai 49 anggota tentera telah mengikuti kursus ini yang terdiri dari Tentera Darat Diraja Brunei seramai 24 anggota, Tentera Udara Diraja Brunei seramai 08 anggota, Institut Latihan (IL ABDB) seramai 06 anggota, Regimen Pasukan Khas seramai 05 anggota dan Kementerian Pertahanan seramai 06 anggota.

read more

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI 2016/2017

BOLKIAH GARISON, Rabu 16 November 2016  Kejohanan Sepak Takraw Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi 2016/2017 telah berlangsung petang ini di Komplek Sukan Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison. Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah mendapat kedudukan Naib Johan dalam perlawanan akhir Kategori Kumpulan dengan keputusan 2-0. Tempat pertama dimenangi oleh pasukan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

read more