​PENANJONG GARISON, Isnin, 10 Disember 2018 - Upacara Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Komandan Institut Latihan Angkata Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah berlangsung pada hari ini di Padang Kawad IL ABDB diantara Yang Mulia Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Komandan yang baru, Yang Mulia Lt Kol Mohammad Shafiee bin Haji Duraman. Sejurus tiba Komandan IL ABDB, beliau telah menerima Tabik Hormat dan seterusnya memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota-anggota daripada Kompeni Rekrut, Sekolah Infantri, Sekolah Pertukangan Tentera, Pusat Evolusi, Kompeni Pentadbir dan Serunai Tembur daripada Batalion Kedua TDDB. Perbarisan diketuai oleh Yang Mulia Mejar Shahrulamirul Iqbal bin Haji Sharbini @ Haji Sarbini, Pegawai Memerintah Kompeni Rekrut IL ABDB.
Dalam ucapan tersebut, beliau memulakan dengan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Komandan IL ABDB yang baru dan menyuarakan keyakinan serta berdoa supaya Komandan yang baru dan IL ABDB akan sentiasa diberikan rahmat petunjuk dan hidayah oleh Allah Subhanahu Wata’ala.
Acara diteruskan dengan Upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas Jawatan Komandan IL ABDB, menandakan secara rasmi upacara penerimaan jawatan. Komandan IL yang baru, Yang Mulia Lt Kol Mohammad Shafiee bin Haji Duraman menerima Tabik Hormat dan memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan. Seterusnya, beliau menyampaikan ucapan. Dalam ucapan tersebut, beliau terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Komandan IL atas kepimpinan beliau didalam menerajui jawatan Komandan di IL ABDB. Dalam ucapan itu juga beliau berikrar untuk menjaga segala kepentingan institut ini sejajar dengan visi dan misinya iaitu “Institusi Latihan Tentera Yang Berkualiti; Untuk Melahirkan Anggota Tentera Yang Kompeten, Cekap, Responsif dan Efisien Dalam Pengunaan Sumbar. Setiap amanah yang diberikan, Insya Allah akan diambil dan ditunaikan dengan sebaik-baiknya demi Raja, Agama dan Bangsa.”
Setelah Upacara Perbarisan tersebut selesai dilaksanakan, Pegawai-pegawai IL ABDB serta isteri-isteri yang hadir beredar ke Mes Pegawai Penanjong Garison bagi acara resepsi.
DSC 0629
DSC 0669

DSC 0723