NEWS HEADLINES
KUMPULAN AL-HIKMAH MENJUARAI MAJLIS PERTANDINGAN DIKIR SYARAFIL ANAM PERINGKAT ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI TAHUN 1441H/2019M
BERAKAS GARISON, Jumaat, 13 Disember 2019 – Kumpulan Al-Hikmah dari Institut Latihan ABDB telah menjuarai Pertandingan Dikir Syarafil Anam peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 1441H/2019M yang telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
PENYAMPAIAN PINGAT KERJA LAMA DAN PERANGAI BAIK (TENTERA) ABDB
Berakas Garison, Khamis, 12 Disember 2019 - Seramai 19 anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), yang terdiri daripada mereka yang masih berkhidmat dan yang telah bersara, telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Duli Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bagi menerima anugerah Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik di Majlis Rasmi Penyampaian Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (Tentera) bertempat di Padang Kawad Batalion Pertama, Berakas Garison.
MAJLIS PENUTUP KURSUS PTB KANAN KERANI SESI 2019
PENANJONG GARISON, Khamis, 12 Disember 2019 – Majlis Penutup Kursus PTB Kanan Kerani Sesi 2019 telah diadakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Penanjong Garison. Majlis Penutup Kursus telah dirasmikan oleh Yang Mulia Lt Kol Abdul Rajid bin Haji Zainie, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir adalah Ketua Cawangan Latihan Kerani, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB, Pegawai-pegawai jemputan, Jemputan Khas, Jurulatih-jurulatih dan Peserta Kursus PTB Kanan Kerani Sesi 2019.
MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK KOMBATAN SIRI 2/2019
KHAMIS, 12 Disember 2019 – Majlis penutup Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Kombatan Siri 2/2019 bagi anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, telah pun berlangsung di Sekolah Infantri, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) yang telah bermula pada 17 Oktober 2019 hingga 13 Disember 2019.
MAJLIS PENUTUP: PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH BAGI KURSUS TEMPUR KETUA PLATUN 2019
PENANJONG GARISON, Juma’at, 06 Disember 2019 - Majlis Penutupan Rasmi Kursus Tempur Ketua Platun sesi 2019 telah diadakan di Mes Pegawai Penanjong Garison yang dihadiri oleh Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan, selaku tetamu kehormat majlis. Turut hadir ialah Ketua Jurulatih Institut Latihan, Timbalan Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri serta pegawai-pegawai jemputan.
MAJLIS PENUTUPP KURSUS TEMPUR PLATUN SARJAN SESI 2019
PENANJONG GARISON, Jumaat, 06 Disember 2019 – Majlis Penutup Kursus Tempur Platun Sarjan Sesi 2019 telah berlangsung di kompleks FIBUA, Penanjong Garison. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ialah Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Ketua Jurulatih IL ABDB. Turut hadir Timbalan Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri, Ketua-ketua Cawangan Sekolah Infantri dan para-para jemputan.





