PENANJONG GARRISON, Thursday 20 November 2025, Exercise Hutan Mahu Tahu for Male Recruits Intake 178 and Female Recruits of Intake 60 was successfully conducted over four days and three nights, from 17th November until 20th November 2025. The exercise aimed to equip recruits with essential Jungle Survival Skills and Basic Field Craft, as well as to instill Jungle Battle Discipline.
Training included harbour drills, patrolling and section-level manoeuvres, in preparation for real-world operational environments. As an introductory jungle exercise, it also served to familiarise recruits with the demands of operating in dense terrain while developing their adaptability, teamwork and resilience under challenging conditions.
The exercise concluded with a force march marking the culmination of their first jungle training phase and a key milestone in their military journey.
REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE 178 DAN REKRUT WANITA PENGAMBILAN KE 60 MENJALANI EKSESAIS HUTAN MAHU TAHU
PENANJONG GARISON, Khamis, 20 November 2025, Eksesais Hutan Mahu Tahu bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke 178 dan Rekrut Wanita Pengambilan ke 60 telah berjaya dilaksanakan selama empat hari tiga malam, bermula dari 17 November hingga 20 November 2025. Eksesais ini bertujuan untuk membekalkan para rekrut dengan kemahiran asas ikhtiar hidup di dalam hutan serta menerapkan disiplin medan hutan. Latihan merangkumi latihan menginap, rondaan dan gerakan di peringkat seksyen sebagai persediaan untuk menghadapi persekitaran operasi sebenar.
Eksesais Hutan Mahu Tahu Ini merupakan latihan pengenalan yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada rekrut mengenai operasi kententeraan di persekitaran hutan tebal, di samping memupuk kemahiran, semangat berpasukan dan ketahanan diri dalam situasi mencabar.
Eksesais ini diakhiri dengan latihan Jalan Tahan Lasak sebagai penutup kepada fasa pertama latihan hutan yang merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan ketenteraan mereka.





