87.jpgPenanjong Garison, Ahad, 10 Julai 2020 – Penanjong Garison telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunnat Hari Raya Aidiladha di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan IL ABDB. Turut hadir pada majlis tersebut, Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, dan Lain-lain Peringkat gabungan daripada unit IL ABDB, Bn Bantu TDDB dan KBK TDDB, termasuk para rekrut lelaki Pengambilan ke 169.

Majlis dimulakan dengan Takbir diikuti dengan Sembahyang Sunnat Hari Raya Aidiladha berjemaah yang diimamkan oleh Imam Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison dan kemudiannya diteruskan dengan pembacaan Khutbah Sunnat Hari Raya Aidiladha. Majlis diakhiri dengan bacaan doa.

88.jpg

89.jpg

90.jpg