​PENANJONG GARISON, Khamis, 17 Mac 2022 – Majlis Malam Nisfu Sya’ban 1443 Hijrah peringkat Penanjong Garison telah diadakan bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison malam ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dan turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota ABDB.
Majlis bermula dengan menunaikan solat Fardhu Maghrib berjemaah dipimpin oleh imam Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali beramai-ramai beserta doa khas Malam Nisfu Sya’ban. Majlis diakhiri dengan Solat Fardhu Isyak berjemaah dan laungan selawat beramai-ramai, membaca Surah Al-‘Asr, tasbih kaffarah dan doa kepada kedua ibu-bapa.
Majlis yang serupa turut diadakan secara serentak di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan ABDB.