IMG 20181201 WA0001
BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 November 2018 – Kumpulan Dzikir Al- Hikmah sebagai wakil Institut Latihan mengikuti pertandingan Dzikir Syarafil Anam sampena menyambut Maulud Nabi Muhammad SAW bagi peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 1440H anjuran Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) kali ini diperolehi oleh Kumpulan Al-Bahriyah dari Tentera Laut Diraja Brunei yang diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Pertandingan disertai oleh tujuh orang anggota Institut Latihan –
1. 1071 Lt Muhammad Azmi bin Abd Latif dari Cawangan Kompeni Rekrut.
2. 18032 Kpl Nazirul bin Hj Asmat dari Unit Jamaat.
3. 50603 Lkpl Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi dari Cawangan Kompeni Pentadbir.
4. 18130 Kpl Mohamad Afzainizam bin A. Osman dari Cawangan Kompeni Rekrut.
5. 18179 Kpl Hj Khairul Arifin bin Rosli dari Cawangan Kompeni Rekrut.
6. 15287 Ssjn Hj Mohammad Saiful Rizal bin Hj Mohd Alli dari Cawangan Sekolah Pertukangan Tentera.
7. 51249 Sld Zaki Marzuqi bin Jaini dari Cawangan Kompeni Pentadbir.
Kumpulan Dzikir Al-Hikmah dari Institut Latihan ABDB bertanding dengan Kumpulan Al-Barakah dari Tentera Udara Diraja Brunei, Kumpulan Al-Bahriyah dari Tentera Laut Diraja Brunei, Kumpulan Ad-Difa’ dari Kementerian Pertahanan, Kumpulan Ar-Rahmah dari Tentera Darat Diraja Brunei, Kumpulan Asy-Syuhada’ dari Akademi Pertahanan ABDB dan Kumpulan Asy-Syuja’ah dari Rejimen Pasukan Khas ABDB. Pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Kumpulan Al-Bahriyah dari Tentera Laut Diraja Brunei menjuarai Pertandingan Dikir Syarafil Anam manakala naib johan dimenangi oleh Kumpulan Al-Hikmah dari Institut Latihan ABDB, sementara di tempat ketiga pula diraih oleh Kumpulan Asy-Syuja’ah dari Rejimen Pasukan Khas ABDB. Juara membawa pulang piala pusingan, hadiah iringan, wang tunai, dan sijil penyertaan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud. Turut hadir di acara tersebut ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah Tentera, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai serta anggota-anggota ABDB.
Pertandingan ini diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW khususnya dalam membudayakan acara-acara keagamaan dan memupuk minat di kalangan anggota-anggota ABDB dalam bidang Dzikir Syarafil Anam.
 

IMG 20181201 WA0001

IMG 20181201 WA0002

IMG 20181201 WA0003

thumbnail IMG 20181201 WA0004

IMG 20181201 WA0005