FAREWELLCMNDR1.jpgPENANJONG GARISON, ISNIN, 24 OGOS 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertempat di Dewan Nikmat IL ABDB, Penanjong Garison pagi ini.

Ketibaan Pemerintah ABDB telah dijunjung oleh Kolonel Mohd Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB berserta pegawai-pegawai dan warga IL ABDB. 
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang telah dipimpin oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT). 
Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada Komandan IL ABDB dimana beliau telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih kepada Pemerintah ABDB di atas kebijaksanaan serta sokongan padu dalam meningkatkan mutu latihan-latihan tentera di IL ABDB.
Majlis seterusnya diserikan dengan acara penyampaian cenderahati yang telah disempurnakan oleh Komandan IL ABDB kepada Pemerintah ABDB. Sejurus itu, Pemerintah ABDB dijunjung untuk menyampaikan ucapan perpisahan beliau dimana Pemerintah ABDB telah menasihatkan semua warga IL ABDB agar sentiasa 
mengekalkan tahap disiplin dan piawaian latihan yang tinggi serta mempamerkan tahap kepimpinan yang berkualiti dan berkesan dengan menggunakan prinsip Lead by Example. Pemerintah ABDB juga menyentuh tentang kepentingan mengimbangi kerja dan masa bersama keluarga. 
Satu klip video “Ristaan” khas telah ditayangkan bagi mengimbas kembali detik sejarah awal permulaan kerjaya Pemerintah ABDB di IL ABDB khasnya dan ABDB amnya. Ini diikuti dengan acara menanam anak pohon-pohon Kurma di hadapan Surau Al-Hikmah serta sesi bergambar ramai bersama pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan IL ABDB.
FAREWELLCMNDR2.jpg
FAREWELLCMNDR3.jpg
FAREWELLCMNDR4.jpg
FAREWELLCMNDR5.jpg

FAREWELL CEREMONY FOR RBAF COMMANDER AT TRAINING INSTITUTE OF THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES
 PENANJONG GARISON, Monday, 24 August 2020 – The Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) organised a farewell ceremony for Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) that took place at Dewan Nikmat TI RBAF, Penanjong Garison this morning.
The arrival of RBAF Commander was received by Colonel Mohd Shafiee bin Haji Duraman, Commandant of TI RBAF, along with officers and personnel of TI RBAF.
The ceremony commenced with the recitation of surah Al-Fatihah led by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Head of RBAF Religious Department (JAMA’AT). This was followed by an appreciation speech conveyed by Commandant TI RBAF where he expressed his sincere appreciaton and gratitude to Commander RBAF for his relentless support and wisdom in improving military training in TI RBAF.
The ceremony then proceeded with presentation of farewell gift to RBAF Commander by Commandant TI RBAF. This was followed by a farewell speech by RBAF Commander where he reminded all personnel of TI RBAF to always maintain high level of discipline, high quality military training and to exhibit quality and effective leadership through Lead by Example. He also mentioned the importance of balancing work and family time.  
A special “Ristaan” video clip was also played to reminisce RBAF Commander early years in his career in RBAF. This was followed by planting a pair of dates sapling at the vicinity of the Surau Al-Hikmah and a group photo with TI RBAF officers and Senior Non-Commission Officers to conclude the ceremony.