DSC_0020.JPGPENANJONG GARISON, Jumaat, 25 Oktober 2019 – Majlis Perpisahan dan Penghargaan bagi Kakitangan Awam Mes Pegawai Penanjong Garison telah diadakan di Mes Pegawai, Penanjong Garison. 
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai Penanjong Garison.
Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang telah dipimpin oleh Kpt Awg Haji Muhd Shahereen bin Awg Hj Abu Bakar diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada kakitangan awam yang telah disempurnakan oleh YM Komandan IL ABDB. 
Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada YM Komandan IL ABDB kepada kakitangan-kakitangan awam yang diraikan di atas jasa yang telah disumbangkan disepanjang perkhidmatan mereka di Mes Pegawai Penanjong Garison. Di dalam kesempatan itu juga, YM Komandan IL ABDB telah mengongsikan kata-kata nasihat dan semangat kepada kakitangan yang telah bertukar dan bertugas di tempat yang baru. 
Majlis telah diakhiri dengan bacaan doa dan menikmati jamuan serta sesi bergambar ramai. 
DSC_0027 (2).JPG
DSC_0023.JPG