3 JULY 20 1.jpegPENANJONG GARISON, JUMAAT, 03 Julai 2020 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan kepada Pegawai - Pegawai IL ABDB. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Timbalan Komandan, Pegawai-Pegawai dan PTB Kanan dan Rendah Markas IL ABDB. Pada majlis ini, seramai 02 pegawai telah menerima Watikah Perlantikan iaitu 992 Mejar Amiza binti Haji Zainal dan 1010 Leftenan Shazwani binti Ali. 

Peyampaian Watikah perlantikan ini adalah sangat bermakna kerana ianya berfungsi sebagai suatu ingatan, terutama sekali kepada pegawai – pegawai, selaku pemimpin yang dilantik untuk menanai tanggungjawab yang diamanahkan dan menerajui usaha bagi mencapai objektif ABDB dalam sama-sama menjaga kepentingan organisasi, negara dan agama. 
3 JULY 20 2.jpeg
3 JULY 20.jpeg
3 JULY 20 1.jpeg