derma 2023 2.jpg

PENANJONG GARISON, Khamis, 13 April 2023 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Derma kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Istimewa sempena Hari Ulang Tahun IL ABDB ke-54 bertempat di Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Sarjan Mejar Rejimen (SMR) IL ABDB dan warga IL ABDB.
 
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil untuk Allahyarham ayah kepada anak-anak yatim dan anggota IL ABDB yang telah kembali ke Rahmatullah khususnya bagi Allahyarham 14463 PW2 Samsudin bin Abdullah Jepon, Allahyarham 15736 Sjn Muhammad Shah Rezza bin Muhammad Adam dan Allahyarham 18205 Rekrut Tarizan bin Tinggal. Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil dikepalai oleh Lans Koperal Muhammad Syafiq Naqiuddin bin Muhammad Zaidi dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat majlis dan diakhiri dengan laungan selawat serta doa dan sesi bergambar ramai.
Majlis tersebut adalah merupakan salah satu inisiatif untuk menjaga kebajikan anak-anak-yatim bekas anggota IL ABDB dan anak-anak istimewa ABDB.  Sumbangan ini juga dihasratkan untuk meringankan beban perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri dan mengukuhkan ikatan silaturrahim bersama anak-anak yang diraikan beserta keluarga mereka di samping menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan membuat ibadah amal jariah.
derma 2023 3.jpg
derma 2023 1.jpg 
derma 2023 5.jpg 
1111111.jpg

HANDING OVER DONATION CEREMONY TO ORPHANS AND SPECIAL NEEDS CHILDREN IN CONJUNCTION WITH THE 54TH ANNIVERSARY OF TRAINING INSTITUTE RBAF
 

PENANJONG GARRISON, Thursday, 13 April 2023 - Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF) held a handing over donation ceremony to the orphans of the late TI RBAF personnel and special needs children in conjunction with the 54th Anniversary of TI RBAF which was held at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison. 

Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Lieutenant Colonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman, Commandant of Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF). Also present were Senior Officers, Officers, Regiment Sergeant Major (RSM) and members of TI RBAF.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil for the deceased parents of the orphans as well as TI RBAF personnel particularly for Allahyarham 14463 PW2 Samsudin bin Abdullah Jepon, Allahyarham 15736 Sjn Muhammad Shah Rezza bin Muhammad Adam dan Allahyarham 18205 Rekrut Tarizan bin Tinggal. The recitation of Surah Yaasin and Tahlil was led by Yang Mulia Lance Corporal Muhammad Syafiq Naqiuddin bin Muhammad Zaidi from RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).

The ceremony continued with the presentation of donations by the Guest of Honour and concluded with the recitation of selawat and doa as well as group photos to commemorate the event.

The donation is one of the initiatives by TI RBAF to look after the welfare of orphans of the deceased TI RBAF personnel and special needs children of TI RBAF. It is also aimed to alleviate the burden of the orphans and special needs children in celebrating Ramadhan and the upcoming Hari Raya Aidilfitri and in addition to enliven the month of Ramadhan Al-Mubarak by performing an act of Islamic charity.