
Seramai 09 anggota IL ABDB telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menerima Sijil Watikah Perlantikan iaitu 13498 PW1 Hairol bin Abu Bakar, 14005 PW1 Ismail bin Mohamad, 13821 PW2 Awg Md Salazni bin Hj Md Salleh, 14801 PW2 Khairul bin Hj Abd Rahman, 15332 PW2 Mohamad Asmy bin Mat Salleh, 15766 PW2 Asmadi bin Zainal, 21033 PW2 Sharidah binti Mohamed, 21100 PW2 Noor Asmahwahni binti Yanau dan 21238 PW2 Hjh Norhati binti Hj Brahim.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Jemputan, Sarjan Mejar Rejimen, Sarjan Mejar Kawad, Garison Sarjan Mejar Penanjong Garison dan Yang Di-Pertua Mes PTB Kanan IL ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah, kemudian diteruskan dengan penyampaian watikah dan diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat.
Di dalam ucapan, beliau menekankan tentang tanggungjawab sebagai pemimpin ABDB dalam mengungkayahkan kewajipan seperti Titah KDYMM di dalam Sijil Watikah dan juga berpandukan Buku Panduan Dasar Gangguan di tempat kerja ABDB yang telah dirasmikan oleh mantan Pemerintah ABDB pada 21 Februari 2022. Di samping menerapkan Nilai-nilai Teras ABDB, beliau jua menyeru semua anggota untuk sama-sama mendalami ilmu kerohanian bagi menguatkan diri dan membantu dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab di dalam ABDB.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan diteruskan dengan menandatangi lembaran kenangan serta penyampaian cenderahati kenang-kenangan.
