knpgoh2.jpgPENANJONG GARISON, Khamis, 17 Disember 2020 – Majlis Penutup kursus bagi Kursus Kepimpinan Koperal Siri 2/2020 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Bilik Halbi, Pusat Evolusi,  Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Mejar Shahrulamirul Iqbal bin Haji Sharbini selaku Timbalan Ketua Sel Inspektorat Unit, Markas Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai, Regimental Quatermaster Sergeant (RQMS) unit, Kompeni Sarjan Mejar (KSM) Jurulatih-jurulatih Kanan, Jurulatih-jurulatih, Jurulatih Bantuan dan Guru-guru Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Kursus ini telah dihadiri oleh enam puluh anggota terdiri daripada tiga puluh tujuh anggota Tentera Darat, satu anggota Rejimen Pasukan Khas, dua anggota Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei  dan dua puluh anggota Kementerian Pertahanan. Kursus ini berjalan selama dua minggu bermula daripada 07 Disember 2020 sehingga 18 Disember 2020. kursus ini merupakan kursus kerjaya yang mandatori bagi setiap anggota yang memegang jawatan didalam bidang Logistik, Perkeranian, Kuartermaster  dan Kenderaan Pasukan. Disamping itu kursus ini adalah bagi melayakkan kenaikan pangkat mengikut Struktur Perkembangan Kerjaya (SPK).
Melalui kursus ini, peserta kursus ini dibentuk untuk mempertingkatkan pengetahuan serta kefahaman sebagai pemimpin peringkat rendah, begitu juga peserta kursus telah didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab pemimpin didalam tugas harian berprinsipkan Nilai-nilai Teras Angkatan Bersenjata DIraja Brunei dan prinsip Maqasid Syariah.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada wakil peserta Kursus Kepimpinan Koperal Siri 2/2020 dan seterusnya Tetamu Kehormat Majlis berkesudian untuk menyampaikan sijil serta menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus diatas usaha dan dedikasi disepanjang kursus ini dijalankan. Majlis diakhiri dengan penutupan rasmi kursus yang disempurnakan olah Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya bacaan doa penutup serta sesi bergambar ramai.
knpkpl5.jpgknpkpl11112.jpg