PENANJONG GARISON, Khamis 24 Disember 2020 – Majlis Penyampaian Sijil dan Penutupan Kursus Pertengahan dan Lanjutan Pemandu Sesi 2020 telah sempurna dilaksanakan bertempat di bilik IVECO Cawangan Latihan Memandu Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Mejar Roziahani bte Mohd Jaya, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah Ketua Cawangan, Cawangan Latihan Memandu, Pegawai-Pegawai jemputan, Jemputan-Jemputan, PTB-PTB Kanan dan Jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Memandu Sekolah Pertukangan Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Kursus pertengahan dan lanjutan pemandu sesi 2020 ini telah dilaksanakan selama enam minggu, bermula 29 januari 2021 dan berakhir pada 12 mac 2021 yang dihadiri seramai dua puluh anggota iaitu lima belas anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, dua anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, satu anggota dari Akedemi Pertahanan ABDB dan dua anggota dari Kementerian Pertahanan.
Kursus pertengahan dan lanjutan pemandu adalah kursus yang berkonsepkan mendalami, memahami dan menimba ilmu pengetahuan di dalam bidang kejurulatihan. Kursus ini juga telah membuka ruang, peluang dan nilai tambah kepada peserta kursus terhadap kefahaman tentang peranan serta tugas dan tanggungjawab sebagai seorang jurulatih pelatih.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada wakil peserta kursus Yang Mulia Koperal Mohd Hazwan bin Hj Mohd Din. Tetamu Kehormat Majlis juga berkesudian untuk menyampaikan sijil-sijil seterusnya diikuti dengan penyampaian Sijil Penuntut Terbaik Kaedah Mengajar yang disandang oleh 16110 LKpl Jaliani bin Awg Haji Jamaludin daripada unit Pejabat Kenderaan Batalion Ketiga TDDB dan Sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan yang disandang oleh 16111 LKpl Abu Suffian bin Abd. Majid daripada unit Kenderaan Pasukan, Khidmat Bantuan Kombat TDDB, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.      Tetamu Kehormat juga menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus di atas usaha dan dedikasi di sepanjang kursus ini dijalankan semasa penyampaian ucapan beliau. Majlis diakhiri dengan doa penutup yang dibacakan oleh Yang Mulia Koperal Mohd Hazwan bin Hj Mohd Din.