ptb knan 7.jpg

PENANJONG GARISON, Jumaat, 09 Julai 2021, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Penyampaian Pangkat Siri 03/2021 bagi PTB- PTB Kanan IL ABDB.    Majlis tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan ABDB dan turut menyaksikan bagi Majlis tersebut, Pegawai-Pegawai Jemputan, Sarjan Mejar Rejimen, Garison Sarjan Mejar, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan Institut Latihan ABDB.
Seramai 09 anggota PTB-PTB Kanan yang diraikan dan pecahan yang diraikan adalah 01 anggota penerima pangkat Pemangku Staff iaitu 16883 P/SSjn Haji Muhammad Shafie bin Hj Mohamad, 03 anggota penerima pangkat Sarjan Tetap iaitu 17926 P/Sjn Mohammad Nasir bin Siahat, 21243 P/Sjn Linda binti Serudin dan 21394 P/Sjn Dayang Norfaizah binti Awang Haji Lalim, 05 anggota penerima pangkat Pemangku Sarjan iaitu 17852 Kpl Muhammad Arif bin Haji Awang Ahmad, 17875 P/Sjn Pengiran Mohamad Zambri bin Pengiran Ismail, 17992 S/Sjn Syarif Hanif bin Abas, 18144 P/Sjn Fardino bon Haji Osman dan 21544 P/Sjn Rozimah binti Napiah. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al- Fatihah yang diketuai oleh 14704 SSjn Nor Fadzli bin Hj Muhamad daripada Cawangan Latihan Kawad Sekolah Infantri, Penanjong Garison dan seterusnya penyampaian pangkat kepada penerima-penerima pangkat yang diraikan.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai yang terdiri daripada Komandan, Pegawai- Pegawai Jemputan SMR IL ABDB, PMC Mes dan PTB kanan yang diraikan.   Seterusnya menikmati jamuan dan Menandatangani Lembaraan Kenangan.
ptb knan 2.jpg
ptb knan 4.jpg
ptb knan 5.jpg
ptb knan 3.jpg
ptb knan.jpg
ptb knan 1.jpg
ptb knan 6.jpg