
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB dan turut hadir bagi menyaksikan Majlis tersebut ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Pegawai-Pegawai Jemputan, Sarjan Mejar Rejimen, Garison Sarjan Mejar, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan IL ABDB.
Seramai 06 PTB Kanan telah dinaikkan pangkat terdiri daripada 03 anggota penerima pangkat Tetap Sarjan iaitu 18124 Sarjan Mohd Hisyamuddin bin Haji Abd Hamid, 18136 Sarjan Shafiq Affandi bin Lakim dan 18141 Sarjan Noh bin Abdullah, manakala 03 anggota menerima pangkat Pemangku Sarjan iaitu 17237 Pemangku Sarjan Pg Saiful Khairul Azrin bin Pg Liudin, 18719 Pemangku Sarjan Makarimi bin Abdul Karim dan 19317 Pemangku Sarjan (U) Abdul Qawi bin Hj Duraim.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al- Fatihah yang diketuai oleh 18142 Sarjan Ekramul Huttamah daripada unit Cawangan Latihan Memandu, Sekolah Pertukangan Tentera IL ABDB dan diteruskan dengan sesi penyampaian pangkat kepada PTB-PTB Kanan yang diraikan. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai, menikmati jamuan dan diakhiri dengan menandatangani Lembaraan Kenangan oleh Tetamu Kerhormat Majlis.






