mto2.jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 22 Januari 2021 – Majlis Penyampaian Lencana, Sijil serta Lesen Memandu ABDB (BAF MT 11 A) dan Penutup Kursus Pegawai Kenderaan dan Pegawai Waran Kenderaan Sesi 2020 telah sempurna dilaksanakan bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB). Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Komandan IL ABDB, Ketua Jurulatih IL ABDB, Pemangku Pegawai Pemerintah Sekolah Pertukangan Tentera (SPT) IL ABDB, Pegawai-Pegawai Kanan jemputan, Rejimen Sarjan Mejar IL ABDB dan Pegawai-Pegawai Tenaga Pengajar dan Jurulatih-Jurulatih Cawangan Latihan Memandu SPT IL ABDB.
 
Kursus berkenaan adalah yang kedua kali dikendalikan oleh Cawangan Latihan Memandu, SPT IL ABDB. Kursus ini berjalan selama tujuh (07) minggu bermula daripada 07 Disember 2020 hingga 22 Januari 2021 dan disertai oleh lima (05) orang Pegawai terdiri daripada empat (04) Pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan satu (01) Pegawai dari unit Simpanan Gurkha (GRU).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran (Surah Al-A’raaf, Ayat 1 hingga 5) yang dibacakan oleh salah seorang peserta kursus iaitu Yang Mulia Leftenan Mohammad Ruzaime @ Norman bin Jufri. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada Pegawai Pengendali Kursus, Yang Mulia Kapten Haji Harries bin Haji Musa, Ketua Cawangan Latihan Memandu, SPT, IL ABDB.
Yang Mulia Tetamu Kehormat telah berkesempatan menyampaikan Lencana, Sijil serta Lesen Memandu ABDB kepada peserta-peserta kursus dan seterusnya menyampaikan anugerah penuntut terbaik keseluruhan yang disandang oleh Yang Mulia Leftenan Mohammad Ruzaime @ Norman bin Jufri dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei. Yang Mulia Tetamu Kehormat juga menzahirkan ucapan tahniah kepada semua peserta kursus dan mengharapkan agar pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari, sebagai pemangkin untuk meningkatkan pengetahuan, kecekapan, kemahiran serta professionalisma dalam menaikkan kemampuan individu dan juga organisasi unit.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibaca oleh dari perserta kursus Yang Mulia Leftenan Mohammad Ruzaime @ Norman bin Jufri dan seterusnya sesi bergambar ramai.
mto2.jpgmto3.jpg
mto4.jpg
mto5.jpg