
Kursus Peningkatan Pemandu Sesi 2023 dikendalikan selama empat (04) minggu bermula daripada 05 Mei 2023 sehingga 02 Jun 2023 dan dihadiri seramai tiga puluh empat (34) anggota terdiri daripada dua puluh (20) anggota daripada Tentera Darat Diraja Brunei, lima (05) anggota daripada Tentera Laut Diraja Brunei, empat (04) anggota daripada Tentera Udara Diraja Brunei, satu (01) anggota daripada Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, satu (01) anggota daripada Rejimen Pasukan Khas dan tiga (03) anggota daripada Kementerian Pertahanan. Ianya adalah salah satu kursus kerjaya bagi setiap anggota yang berjawatan sebagai Pemandu di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada wakil peserta kursus Yang Mulia 50272 Lkpl Adib bin Hj Ismail. Tetamu Kehormat Majlis juga berkesudian untuk menyampaikan Lencana serta Sijil dan diikuti penyampaian Sijil Penuntut Terbaik Keseluruhan yang di sandang oleh Yang Mulia 17839 Lkpl Abdul Aziz bin Nohari daripada No 2 Wing Tentera Udara Diraja Brunei. Tetamu Kehormat juga menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus di atas usaha dan dedikasi di sepanjang kursus ini dijalankan semasa penyampaian ucapan beliau. Majlis diakhiri dengan doa penutup yang dibacakan oleh Yang Mulia Lkpl Muhammad Syafiq Syahmi bin Ibrahim dan sesi bergambar ramai.

