1.jpgPENANJONG GARISON, Isnin 03 Jun 2019 – Majlis Penyampaian Kupon Minuman sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Mohammad Shafiee bin Hj Duraman, Komandan IL ABDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al – Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian kupon minuman.
Penyampaian kupon minuman telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis, Timbalan Komandan, Ketua Inspektorat, Ketua Jurulatih dan Pegawai Memerintah Pusat Evolusi IL ABDB kepada Pegawai – pegawai, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah bujang berserta dengan anggota – anggota Rekrut Lelaki dan Wanita berjumlah seramai 362 anggota. Dengan adanya penyampaian kupon ini dapatlah meringankan dan membantu anggota – anggota bujang dan juga rekrut bila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri nanti. 
Tetamu kehormat seterusnya memberikan ucapan Hari Raya kepada seluruh anggota – anggota IL ABDB dan diikuti dengan bacaan doa selamat.
1.jpg
2.JPG
0.JPG
kpn 3.JPG