lkpl1.jpgPENANJONG GARISON, Selasa, 19 Januari 2021 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi PTB-PTB Rendah.  Majlis tersebut telah berlangsung di Dewan Nikmat, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. Turut menyaksikan bagi Majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan IL ABDB.
Seramai 20 anggota telah dinaikkan pangkat; 02 anggota dinaikkan ke pangkat Koperal Tetap, 03 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Koperal, 10 anggota dinaikkan ke pangkat Lans Koperal Tetap dan 05 anggota dinaikkan ke pangkat Pemangku Lans Koperal.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar yang terdiri daripada Komandan, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota yang diraikan, diteruskan dengan menandatangani lebaran kenangan dan menikmati jamuan.
lkpl2.jpg