
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Komandan IL ABDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai jemputan, Sarjan Mejar Rejimen, Sarjan Mejar Garison, PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah, IL ABDB.
Seramai 14 anggota PTB-PTB Rendah telah dinaikkan pangkat iaitu 03 anggota penerima pangkat Koperal Tetap iaitu 16125 Pmk Kpl Mohammad Ariffin bin Haji Ismail, 16671 Pmk Kpl Mohamad Faiz bin Haji Marali dan 21512 Pmk Kpl Nur Rumeizza binti Haji Ramtimas. 01 anggota penerima pangkat Pemangku Koperal iaitu 50057 LKpl Sa’adulkhairi bin Sarbini. 04 anggota penerima pangkat Lans Koperal Tetap iaitu 18135 Pmk LKpl Mohammad Khairul Nizam bin Naim, 19585 Pmk LKpl Amirul Yazid @ Rahmat bin Shahrul Nizam, 50734 Pmk LKpl Ak Mohammad Riza bin Pg Jaman dan 50758 Pmk LKpl Mohammad Khairuddin bin Haji Dula. 06 anggota penerima pangkat ke Pemangku Lans Koperal iaitu 51343 Sld Nazari bin Talip, 51348 Sld Mohammad Azllin bin Md Ali, 51375 Sld Salahuddin bin Abd Malik, 51468 Sld Mohamad Nazrullyzam bin Budin, 51701 Sld Mohammad Wafiq Hidayatullah bin Mohamad Joferi dan 21833 Sld Nurimanzakiyyah bin Haji Mat Layar.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia Imam Muhammad Syazwan bin Muhammad Nazmi, Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison dan seterusnya penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh Yang Mulia Komandan IL ABDB. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan.


