IMG-20191108-WA0015.jpgPENANJONG GARISON, Isnin, 4 November 2019 – Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah mengadakan Majlis Penyampaian Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan.  Majlis tersebut telah berlangsung di Mess Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan Institut Latihan ABDB. Turut menyaksikan bagi Majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan Institut Latihan ABDB, Pegawai-Pegawai Institut Latihan ABDB, Pegawai Waran dan PTB-PTB Kanan Institut Latihan ABDB.
Seramai 13 anggota telah dinaikkan pangkat; 2 anggota ke pangkat Pegawai Waran 1 Tetap, 02 anggota ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2, 03 anggota ke pangkat Staff Sarjan Tetap dan 06 anggota ke pangkat Pemangku Staff Sarjan.
Majlis kenaikan pangkat dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Imam Muhd Syakir Farhan dari Surau Al-Hikmah Penanjong Garison dan seterusnya penyampaian pangkat oleh Tetamu Kehormat.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar yang terdiri daripada Komandan, Pegawai-Pegawai dan anggota yang diraikan dan seterusnya menikmati jamuan.
Ke pangkat Pegawai Waran 1 Tetap (PW1): 

12634 Pmk PW1 (SMR) Sahrol
12215 Pmk PW1 Jaidi
Ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2 (Pmk PW2): 

14801 SSjn Kairul 
15287 SSjn Md Saiful Rizal.
Ke pangkat SSjn Tetap: 

12903 Pmk SSjn Norazmi, 
13918 Pmk SSjn Wadi
21030 Pmk SSjn Sufinah
Ke pangkat Pemangku SSjn:

15222 Sjn Hazman
16953 Sjn Abd Hadi
16955 Sjn Pg Amirrul Huzainie
 21245 Sjn Masdinawati
21250 Sjn Kamalianna 
21385 Sjn Nur Atiqah
IMG-20191108-WA0015.jpg
IMG-20191108-WA0016.jpg
IMG-20191108-WA0018.jpg
IMG-20191108-WA0020.jpg
IMG-20191108-WA0019.jpg