
Penyerahan Dana Kebajikan IL ABDB disempurnakan oleh Yang Mulia Kolonel Mohammad Shafiee bin Haji Duraman, Komandan IL ABDB kepada 21189 PW2 Nor Masliana binti Haji Munap yang berlangsung di rumah kediaman sementara beliau di G45. Majlis diselajurkan dengan penyerahan Tabung Kebajikan daripada Mes PW, SSjn dan Sjn Penanjong Garison yang dilaksanakan oleh Sarjan Mejar Rejimen IL ABDB.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai dan PTB-PTB Kanan Perumahan Penanjong Garison.
Dengan penyerahan Dana Kebajikan ini, semoga akan dapat membantu meringankan beban anggota akibat daripada musibah yang telah dialami. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan tolak bala.


