thumbnail_WhatsApp Image 2019-12-06 at 12.33.23 (1).jpgPENANJONG GARISON, Jumaat, 06 Disember 2019 – Majlis Penutup Kursus Tempur Platun Sarjan Sesi 2019 telah berlangsung di kompleks FIBUA, Penanjong Garison. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ialah Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Ketua Jurulatih IL ABDB. Turut hadir Timbalan Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri, Ketua-ketua Cawangan Sekolah Infantri dan para-para jemputan.

Seramai 23 anggota telah berjaya menamatkan dan mendapat keputusan lulus bagi Kursus Tempur Platun Sarjan Sesi 2019 ini dan ianya terdiri daripada 12 anggota dari 1Bn TDDB, 15 anggota dari 2Bn TDDB, 13 Anggota dari 3Bn TDDB, 04 anggota dari Bn Bantu TDDB, 07 anggota dari IL ABDB dan 01 anggota dari ASMDB.
 
Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Imam Surau Al-Hikmah Penanjong Garison dan diteruskan dengan penyampaian ulasan pencapaian kursus yang telah disampaikan oleh 17163 Sjn Athraba bin Haji Buntan selaku jurulatih pengendali kursus.
 
Acara diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus dan penuntut terbaik yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat.
 
Selepas penyempurnaan penyampaian sijil, Tetamu kehormat berkesudian untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus menutup resmi Kursus Tempur Platun Sarjan Sesi 2019. Acara tersebut diakhiri dengan bacaan doa penutup dan Sesi bergambar ramai.
Penuntut Terbaik Jasmani – 17925 Kpl Abdul Rahman bin Damit, 1Bn TDDB
Penuntut Terbaik Amali – 16119 Kpl Amzani bin Mail, IL ABDB
Penuntut Terbaik Teori dan Keseluruhan – 19097 Kpl Abd Basyir bin Hj Bidin, IL ABDB
WhatsApp Image 2019-12-06 at 12.33.23 (2).jpg
WhatsApp Image 2019-12-06 at 12.33.23.jpg
thumbnail_WhatsApp Image 2019-12-06 at 12.33.23 (1).jpg
WhatsApp Image 2019-12-06 at 12.33.22.jpg