0004.jpgPENANJONG GARISON, Khamis 02 Mac 2023 – Majlis Penutupan Kursus Peningkatan Logistik Siri 2/2022 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini telah dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera,Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Sek Prtkngn Tent IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah 783 Mej Masrurani binti Haji Mohammad Aisa, Timbalan Pegawai Turus Logistik IL ABDB.  Turut hadir adalah Pegawai Latihan Logistik, Ketua-ketua Cawangan, para jemputan unit dan jurulatih-jurulatih Cawangan Latihan Logistik Sek Prtkngn Tent IL ABDB.

Kursus ini telah dikendalikan selama enam (06) minggu dan seramai 36 anggota kursus telahpun berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada dua puluh (20) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), tiga (03) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), lima (05) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), dua (02) anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), empat (04) anggota dari Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan dua (02) anggota dari Pasukan Simpanan Gurkha (PSG).

Kursus ini merupakan kursus kerjaya yang perlu dihadiri oleh anggota-anggota yang bertugas di dalam unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan untuk memberi pengetahuan kepada agensi luar yang telah mengikuti kursus ini.  Melalui kursus ini, peserta-peserta kursus telahpun didedahkan dengan pembelajaran perakaunan stor dan diuji dengan ujian teori dan praktikal secara individual dan berkumpulan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Ayat-ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Hujurat Ayat 10-13 yang dibacakan oleh 51667 Lsm Md Raihan Bin Hj Md Seruji. Majlis kemudian diteruskan dengan ulasan pengelasan kursus daripada Jurulatih Pengendali kursus, 16949 SSjn Mohd Sumardy bin Sulaiman. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus.  Bagi Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 19516 LKpl Awangku Mohammad Hafis bin Pengiran Omar dari unit Depoh Logistik KBK TDDB dan Penuntut Terbaik Pembentangan disandang oleh 19126 Kpl Abdul Alim bin Haji Asmat dari unit IL ABDB.  Seterusnya Yang Mulia Tetamu Kehormat menyampaikan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus diatas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang kursus dijalankan dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan profesional.  Beliau juga berpesan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari hendaklah diaplikasikan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab di unit masing-masing.

Majlis diakhiri dengan perasmian penutupan kursus, bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai dan seterusnya menikmati jamuan.

0005.jpg

0006.jpg0007.jpg