92.jpgPenanjong Garison, 08 Julai 2022 – Seramai 26 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei telah menamatkan Kursus Peningkatan Komputer Siri 1/2022 yang telah dikendalikan bermula 03 Jun 2022 hingga 01 Julai 2022 di Pusat Evolusi, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PE IL ABDB).

Majlis Penutupan rasmi bagi kursus telah diadakan pagi tadi secara maya. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah 1016 Mejar Dk Hajah Siti Noraishah binti Pg Haji Tajudin, Pegawai Memerintah PE IL ABDB. Turut hadir ialah Ketua-ketua Cawangan, Sekolah Sarjan Mejar PE IL ABDB, guru-guru dan para jurulatih PE IL ABDB.

Kursus ini telah dihadiri oleh anggota-anggota daripada TDDB seramai 10 orang, 2 anggota TLDB, 5 anggota TUDB dan 9 anggota dari Kementerian Pertahanan. Peserta-peserta kursus telah menjalani kursus selama 4 minggu, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan
Microsoft Word,
Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint.

Kursus Peningkatan Komputer ini merupakan kursus mandatori bagi anggota-anggota dalam vokasyen perkeranian dan kesinambungan kepada Kursus Asas Komputer dan Kursus Asas Persiapan Kerani serta bagi melayakkan anggota-anggota untuk menghadiri Kursus Kerani Pertengahan di Cawangan Latihan Kerani, IL ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Mulia 19820 LKpl Mohammad Amirul bin Abdullah diikuti dengan ucapan daripada wakil penuntut Yang Mulia 17033 LKpl Mohammad Kalong bin Salleh. Majlis diteruskan dengan ucapan dan penutupan rasmi kursus oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat.

Yang Mulia Tetamu Kehormat dalam ucapan beliau menekankan kepentingan kemahiran dalam penggunaan komputer yang bukan sahaja memberi kemudahan perkongsian maklumat dalam pelbagai bentuk /
gadget malah ia dapat meningkatkan kreativiti dan potensi kendiri serta melahirkan anggota yang celik
IT dan progresif mengikut perkembangan semasa.

Penuntut Terbaik Kursus Peningkatan Komputer Siri 1/2022 ialah 50680 LKpl Mohammad Ilman bin Abdullah @ Ikoney bin Iko.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar ramai.

Penanjong Garrison, 08 July 2022 – A total of 26 RBAF personnel have completed
Kursus Peningkatan Komputer Siri 1/2022 which was conducted by Evolution Centre, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (EC TI RBAF) from 03 June 2022 to 01 July 2022.

The official Closing Ceremony for the course was held virtually as the course participants returned to their units respectively. Present as the Guest of Honor was 1016 Major Dk Hajah Siti Noraishah binti Pg Haji Tajudin, Commanding Officer, Evolution Centre, Training Institute Royal Brunei Armed Forces (EC TI RBAF). Also in attendance were Head of Wings, School Sergeant Major, teachers and instructors of EC TI RBAF.

The course participants consist of 10 personnel from RBLF, 2 personnel from RBN, 5 personnel from RBAirF and 9 personnel from Ministry of Defence. They underwent 4 weeks of training, which required them to improve their respective skills in the advanced lessons of Microsoft Word, Microsoft Excel and Microsoft Powerpoint.

This course is a continuation of the
Kursus Asas Komputer/ Kursus Asas Persiapan Kerani, and it is mandatory for clerical personnel. By obtaining a passing result in this course, it qualifies the course participants to attend
Kursus Kerani Pertengahan at the Clerk Training Wing, Training Institute Royal Brunei Armed Forces.

The closing ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah which was led by Yang Mulia 19820 LKpl Mohammad Amirul bin Abdullah and followed by a speech by the student representative Yang Mulia 17033 LKpl Mohammad Kalong bin Salleh. The ceremony was officially concluded with the closing remarks by the Guest of Honour.

50680 LKpl Mohammad Ilman bin Abdullah @ Ikoney bin Iko was selected as the Best Student of
Kursus Peningkatan Komputer Siri 1/2022.

 

93.jpg

92.jpg