PENANJONG GARISON, Jumaat, 19 Ogos 2022 – Majlis Penutupan Kursus Memandu Lesen Kelas 5 Sesi 2022 telah sempurna dilaksanakan bertempat di CLM SPT IL ABDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis Mejar Zulazri bin Gapor, Pegawai Memerintah, Kompeni Pentadbir, Battalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua-ketua Cawangan, Sekolah Sarjan Mejar dan Jurulatih-Jurulatih CLM SPT IL ABDB.

Kursus Memandu Lesen Kelas 5 Sesi 2022 ini dikendalikan selama Empat (04) minggu bermula daripada 22 Julai 2022 hingga 19 Ogos 2022 dan disertai seramai Tiga puluh (30) anggota yang terdiri daripada Lapan belas (18) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei, Enam (06) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei, Satu (01) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei, Satu (01) anggota dari Institut Latihan ABDB, Dua (02) anggota dari Rejimen Pasukan Khas, Satu (01) anggota dari Kementerian Pertahanan dan Satu (01) anggota dari Akademi Pertahanan ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan Ayat Suci Al-Quran, Surah Yunus Ayat 22-23 daripada wakil peserta kursus 19733 Kpl Mohd Saifyullah bin Sahari. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan pengulasan pencapaian peserta kursus daripada 13501 PW2 Pg Hj Mohd Malek Faishal Noorislam bin Pg Hj Omarali, Ketua Pengendali, CLM SPT IL ABDB.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan pengumuman Penuntut Terbaik Tatacara Memandu yang disandang oleh 17984 Lkpl Hj Mohd Harysulhelmy bin Hj Johari daripada Pejabat Kenderaan Akademi Pertahanan ABDB dan Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh 51241 Lkpl Muhd Habib Azhari bin Raya daripada LAD SKPP Bn Bantu, Tentera Darat Diraja Brunei. Semasa majlis tersebut, Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus kepada semua peserta kursus dan apa yang diharapkan agar pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari, sebagai pemangkin untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kecekapan, kemahiran serta professionalisma dalam menaikkan kemampuan individu dan juga organisasi unit.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh peserta kursus 19733 Kpl Mohd Saifyullah bin Sahari seterusnya sesi bergambar ramai dan menikmati jamuan.