
Lanjutan Kerani Gaji Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Sesi 2022 telah
dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini dihadiri oleh 22 anggota PTB
Rendah ABDB yang bermula pada 24 Jun 2022 hingga 22 Julai 2022 yang
dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kewangan, Sekolah Pertukangan Tentera Institut
Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (CLKwgn, SPT IL ABDB).
Majis penutupan Kursus ini telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Azlina binti Haji Muhammad Pegawai Turus Kewangan, Pejabat Kewangan Jabatanarah Keanggotaan, selaku Tetamu Kehormat Majlis. Turut hadir adalah Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Metassan, Pegawai Pemerintah, SPT IL ABDB, Timbalan Pegawai Turus Kewangan (Pusat Latihan), Ketua-Ketua Cawangan SPT IL ABDB dan Pegawai-pegawai jemputan, Sekolah Sarjan Mejar dan Jurulatih-Jurulatih CLKwgn, SPT IL ABDB.
Kursus Lanjutan Kerani Gaji Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Sesi 2022 yang bertujuan untuk melayakkan peserta kursus mengendalikan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Kerani Gaji ini dan telah dikendalikan selama Empat (04) minggu bermula daripada 24 Jun 2022 hingga 22 Julai 2022. Seramai Dua Puluh Dua (22) peserta kursus telahpun berjaya menamatkan Kursus ini yang terdiri daripada Sebelas (11) anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tiga (03) anggota dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Dua (02) anggota dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Dua (02) anggota dari Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) dan Empat (04) anggota daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Kahfi, Ayat 01-10 yang dibacakan oleh 51421 LKpl Mohammad Noor Yazid bin Hj Mat Yunus peserta kursus daripada IL ABDB. Majlis kemudian diteruskan dengan ulasan kursus daripada Jurulatih Pengendali kursus CLKwgn SPT IL ABDB, 16731 SSjn Mohd Musa bin Haji Mohd Kasim. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil bagi Penuntut Terbaik Keseluruhan yang disandang oleh 19917 LsK Muhammad Ruzaini bin Abdullah daripada (TLDB), dan Penyampaian Taklimat Terbaik Keseluruhan yang diraih oleh 17267 Kpl Awang Joherry Khairy bin Abdullah daripada Pejabat Pemerintah Garison (KEMENTAH). Seterusnya Yang Mulia Tetamu Kehormat telah memberikan ucapan tahniah serta Menutup Rasmi Kursus dan menekankan kepada semua peserta kursus untuk mengamalkan sikap tegas, jujur dan amanah semasa pengendalian tugas dan berharap dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari sebelum pengauditan dalaman dijalankan serta professionalisma dalam menjalankan tugas demi kebaikan organisasi ABDB.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohamad Sukaimi bin Haji Abdullah, Guru Ugama Surau Al-Hikmah Penanjong Garison.









