12.pngPENANJONG GARISON, Khamis 03 Ogos 2023 – Majlis Penutupan Kursus Kompeni Kuarter Master Sarjan (KKMS) Siri 2/2023 telah dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Kursus ini dikendalikan oleh Cawangan Latihan Logistik, Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (Cwgn Lthn Log SPT IL ABDB).

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis ini ialah Lt Kol Arsahrin bin Haji Ariff, Timbalan Komandan Khidmat Bantuan Kombat, Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB).  Turut hadir adalah Pemangku Pegawai Latihan Cawangan, para jemputan dan jurulatih-jurulatih Cwgn Lthn Log SPT IL ABDB.

Kursus ini dikendalikan selama tiga (03) minggu bermula daripada 18 Julai 2023 hingga 04 Ogos 2023. Peserta-peserta kursus telah diberi tunjuk ajar mengenai perakaunan, pengurusan dan pengendalian kelengkapan tentera.  Melalui kursus ini juga, ianya dapat mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran bagi setiap anggota dalam pengurusan kelengkapan tentera yang diamanatkan kepada semua anggota tentera di dalam ABDB.

Seramai 27 peserta kursus telah berjaya menamatkan kursus ini yang terdiri daripada TDDB, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH). Yang Mulia Tetamu Kehormat menyampaikan sijil kepada peserta-peserta kursus dan diteruskan dengan penyampaian sijil bagi 3 Penuntut Terbaik iaitu penuntut terbaik keseluruhan yang disandang oleh 17648 SSjn Mohd Rafizul bin Ahmad dari unit Khidmat Bomba dan Keselamatan KBK TDDB, penuntut terbaik teori yang disandang oleh 16379 Sjn Yusrey bin Hj Jumaat dari unit Depoh Logistik KBK TDDB serta penuntut terbaik praktikal yang disandang oleh 17174 Sjn Omar Ali bin Abdullah dari unit Kompeni Markas TDDB.

Seterusnya, Yang Mulia Tetamu Kehormat telah menzahirkan ucapan tahniah kepada peserta-peserta kursus diatas usaha dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang kursus dijalankan dan menekankan kepada semua peserta kursus agar dapat mengaplikasikan pelajaran yang diberikan semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab di unit masing-masing. Yang Mulia Tetamu Kehormat juga menekankan kepada semua peserta kursus agar sentiasa berinisiatif dan proaktif dalam menjalankan tugas-tugas harian sebagai penjaga stor dan juga sebagai KKMS.  Setiap anggota juga perlu bersiap sedia untuk menerima sebarang tugas dengan baik mengikut keperluan semasa diiringi dengan usaha yang istiqamah, penuh dengan nilai-nilai murni.  

31.jpg32.jpg33.jpg34.jpg